WFAUZDIN NS
Beberapa minggu yang lalu tersebar luas Azmin atau kini lebih popular digelar ‘Si Kitol’ telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang MP dari Umno/Bn dan sedikit MP dari Keadilan di rumahnya. Peliknya, pertemuan itu diadakan waktu malam dan tidak semua MP dijemput terutamanya dari partinya sendiri pun tidak dijemput.
Ramai di kalangan Umno berpendapat pertemuan itu adalah salah satu usaha Azmin untuk membawa beberapa MP Umno keluar dari Umno, bukan untuk sertai Keadilan tetapi untuk sertai Bersatu, kukuhkan Tun M jadi PM selamanya. Di kalangan Keadilan pula, ramai yang berkata ini usaha Azmin untuk mendapatkan sokongan agar sebarang usaha untuk mengangkat Anwar sebagai PM perlu disekat. Berbagai tafsiran dibuat kerana pertemuan itu berlaku di rumah Azmin, Azmin yang jamu makan dan di waktu malam pula.
Apabila wartawan bertanya kepada Azmin, dengan muka selamba dia menjawab, dia memang terbuka dan bersedia bertemu dengan semua untuk membantu. Azmin cuba mahu perbodohkan rakyat. Dia fikir rakyat sebodoh para pengikutnya yang mengiyakan saja cakapnya? Jika benar, wakil rakyat Umno yang mahu bertemu dengannya untuk minta bantuan, mengapa datang beramai-ramai sekaligus di rumahnya dan siap disediakan makanan malam? Soalnya, mereka minta bantuan atau mereka ditawarkan bantuan?
Akhirnya terbongkar. Di dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, seorang perwakilan dari P.Pinang bangun berucap menghentam tindakan beberapa MP Umno yang datang bertemu Azmin di rumahnya. Ucapan itu mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan termasuk perwakilan dari Kuala Kangsar yang bangun berdiri. Tindakan para perwakilan dari Kuala Kangsar tersebut tidak menyenangkan hati MP Kuala Kangsar, YB Mastura kerana beliau adalah di antara yang hadir ke rumah Azmin malam itu.
Maka, YB Mastura membuat kenyataan dan meminta pandangan ahli-ahli Umno Kuala Kangsar samada perlu beliau batalkan 18 projek bernilai RM 53 Juta yang dirundingkan dengan Azmin itu? (Baca kenyataan di sini https://www.facebook.com/1537004309/posts/10221416520832595/ )
Wah !! Ada projek yang dibincangkan malam itu? Bukan sedikit projek, tapi puluhan juta. Itu baru seorang MP, bayangkan berapa belas MP dari Umno yang datang ke rumah Azmin malam tersebut? Agak-agak berapa Bilion nilai projek yang diperkatakan di situ? Di dalam keadaan para penyokong PH dan Keadilan ramai yang masih susah, mengapa semudah itu MP Umno diberi peluang untuk beberapa projek besar ini?
Mengapa perbincangan projek berlaku di rumah di waktu malam dan tuan rumah sediakan makan? MP Umno yang minta projek, tapi Azmin yang sediakan makan? Inikah kerja Menteri Ekonomi?
Sebab itu, jangan pelik kalau Azmin tidak boleh dengar sejarah ‘Si Kitol’. Jangan hairan kalau Azmin tidak mampu berhadapan dengan para perwakilan untuk menjawab isu ini. Azmin sengaja mencari alasan remeh untuk tidak mahu bercakap di hadapan perwakilan di Kongres Nasional kerana terlalu banyak yang beliau perlu jelaskan. Beliau tahu, beliau tidak sekuat Tian Chua untuk di “Boooo”.
Akhirnya, Azmin buat satu acara lain untuk menghilangkan malunya. Diadakan majlis makan, dijemput para penyokongnya makan, apabila semua sudah kenyang maka Azmin pun mula menjual ubat. Selepas itu Mak Lampir pula jual “pampers.” kedua mereka syok sendiri berucap di hadapan bukan perwakilan tetapi ahli biasa dan bukan ahli, termasuk Khairuddin yang kuat menghentam Anwar dan juga Hisham Rais Tukar Tiub penjilat Tun M.
Sudah lah kamu berbohong pasal pertemuan dengan MP-MP Umno itu, di majlis makan malam itu pun kamu berbohong apabila kamu menyatakan kamu lebih awal masuk ‘penjara” dari Anwar. Lokap dengan penjara pun tidak kenal?
Alhamdulillah, hampir 90% perwakilan seluruh negara yang setia menanti ke akhir Kongres mulai mengenali wajah Azmin yang sebenar. Sebab itu, sesiapa sahaja yang berucap di atas pentas, sebut sahaja nama dua ekor ni iaitu Azmin dan Zuraidah, pasti kena “booo”.
Kedua-dua makhluk perosak ini sudah tiada maruah lagi di mata majoriti ahli parti. Sikap kurang ajar dan biadabnya tidak boleh lagi kita bersabar dan maafkan. Tunggu masa untuk kita “talqin”kan.