Kerajaan Persekutuan Bantuan Khas Kewangan mengagihkan Bantuan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Dis ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata bayaran khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion akan mula dibayar pada 18 Disember ini.
Dalam satu kenyataan, Guan Eng berkata, bantuan itu melibatkan RM500 untuk penjawat awam dan RM250 bagi pesara.
Seramai 1.5 juta penjawat awam kerajaan persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak bakal menerima manfaat itu.
Manakala pesara yang tidak berpencen turut bakal menerima bantuan yang diumumkan itu.
“Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lain untuk membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu.
“Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada sejuta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka,” katanya.
Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan Lim dalam ucapan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas. – RF8 Media