Ipohmali
Apa punya teruk Ulama PAS.. PJ PAS Wilayah hat buat kenyataan Iklan SugarB**K tu satu bentuk normalisasi Maksiat oleh kerajaan PH.. apa punya teruk IQ dia.. Lepas tu salahkan konsep Rahmatan Li A’lamin.. apa kena mengena.. ? Iklan tu bawah bidang kuasa JAKIM ker ? tak ker Giler Ustaz ni..
Apa kaitan Iklan tu dengan konsep Rahmatan Lil A’alamin.. hangpa Kaitkan Slogan Rahmatan Lil Aa’lamin dengan Iklan tu, mcm hangpa salahkan Pesta Arak di Pulau Perhentian terengganu ngan gelek dangdut Kelantan dengan slogan membangun bersama Islam, Hudud dan islam Hadhari….walhal takda kena mengena..
Iklan Sugarb**k tu bawah kuasa PBT..Malah ada bahagian Khas Pengiklanan dibawah PBT.. jgn kata Menteri Wilayah, hatta Datuk Bandar pun tak ambil tahu bahagian Pengiklanan ni..Bila ada laporan, Depa bertindak.. patutnya selesai lah..buat apa panjang2 kan..Tapi depa besarkan mcm Iklan tu tajaan JAKIM..
Secara jujur..Aku sendiri tak tahu menahu apa itu SugarB**K.. Sampai lah Ustaz PAS buat kecoh.. Tak ker jahil Ulama’ ni..dari orang tak tahu,rasanya hari ni berjuta orang tahu..Hari ni ustaz tu dapat saham sebarkan Iklan itu percuma.. sebarkan maksiat.. Iklan tu pun flip, Kalau drive pun tak perasan.. rasanya hari ni Apps tu dapat liputan percuma..
Aku selalu jugak drive kat KL..dari dulu kalau lalu bangsar..Bukit Bintang tu Iklan seksi,Iklan Arak, Iklan Spa semua tu tak larat tengok..tak payah tengok pun.. buat apa pi cari..Aku rasa Dosa Ulama PAS tu jauh lebih teruk kerana menyebarkan Maksiat tu.. Punya nak berpolitik.. nak salahkan PH..
Tadi baca laporan..Founder Apps tu kata, Ia takda kaitan dengan Pelacuran pun..Dia lebih kurang Apps bertemu Jodoh lah.. itu alasan dia lah.. kita sibuk buat apa..lebih kurang facebook jer pun.. Bani Melayu pun ada kelab cari Jodoh, Cari isteri Muda lagi.. galakkan Poligami lagi.. nama jer Islam, Baitul Muslim konon..
kononnya nak mencegah Maksiat, hakikatnya mereka lah penyebar maksiat.. sampaikan depa kaji pulak cerita sejarah disebalik kewujudan dan berita salahguna Apps tu yg orang tak tahu.. apa punya teruk.. aku bukan Sokong Apps mcm tu, tapi buat apa hangpa sebarkan.. report, PBT ambil tindakan..selesai lah..
Kadang2 Ulama’.. Ummat Islam ni terlalu beretorik.. berlagak suci.. tak payah lah cerita pasal Iklan Sugarb**k kononnya bersimbolkan seks.. Kalau nak kata Iklan berunsur Lucah, Berapa banyak Iklan Billboard geng jual “Ubat Kuat” Bani Melayu Melucah di Billboard Lebuh raya..
ada pulak Ubat kurus, Ubat besar anu itu ini menggunakan naratif dan Simbol Seks.. Kadang Perempuan bertudung pun jadi model Iklan kosmetik ramainya Melayu..lebih menijikkan. melayu dan macam pelacur.. Berlambak dalam facebook ni pun..tanpa rasa Malu, Ustaz pun ada jual Ubat kuat itu..ubat kuat ini menggunakan Iklan dgn gaya Lucah..
Bagi Bani Ulama Melayu..Usah lah Beretorik..tu cuba pi tengok jugak Apps yang ada..banyak Apps lain yg perlu dirisaukan.. tengok bagaimana Anak melayu melacur menggunakan pelbagai jenis Apps..Tengok Group FB, ada group Janda ni lah, Kelab Cari Jodoh lah yg ramai Bani melayu…kalau nak melucah dan bermaksiat, guna FB mesegger pun depa melucah tunjuk itu ini..
Ada Apps yang menari gedik sana sini..yg ramainya anak melayu..lagi ramai yg bertudung menari sana sini berbanding amoi yg seksi…. Semua tu berlaku secara terbuka, Yg ramainya anak Melayu..tak payah Apps Sugarb**K pun.. Ustaz ni bukan apa, Nak cari modal Politik.. bukan betul nak banteras Maksiat sgt..
Tak payah lah sibuk kan pasal Sugarb**k tu.. apps mcm tu hari ini dah tak praktikal..Banyak Apps lain yg lebih membimbangkan..meyesatkan Anak melayu..Ikut kajian.. Tontonan Video Lucah.. paling tingi dikawasan Bani Melayu.. tertinggi di bandar Kuala Terengganu..Lepas tu Kota Bharu,Kelantan.. yang peliknya apps lucah, carian Paling rendah negeri Pulau Pinang hat Majoriti Cina bukan Islam..
baik jaga bangsa dan anak sendiri..dari sibuk hal orang lain.. hat ramai menjadi Pelacur, Anak luar Nikah, Sumbang Mahram pun bani Melayu jugak..Kelantan dan terengganu pun antara penyumbang statistik tertinggi.. takkan nak salahkan slogan Membangun bersama Islam..tak payah retorik..
Ni satu lagi.. dalam 3 Bulan 2019 ni.. Pi baca berita, Di Terengganu saja sekurang kurangnya ada 3 laporan kes Melacur menggunakan Applikasi Wechat.. sampaikan kes terbaru..Melacurkan Bini sendiri di Mahkamah Syariah terengganu.. , Tak payah pakai Apps Sugarb**k pun nak melacur..Jadi tak payah lah kita berlagak suci..
kadang2 adanya ramai Ulama’..ramai ustaz bukan lagi Maksiat berkurang.. lagi banyak..Sebab ramainya Ulama mcm PJ PAS Wilayah.. depa suka sibukkan hal Maksiat bukan islam..Sibukkan pasal Oktoberfest la.. sibukkan pasal tattoo lah.. tak payah sibuk kat Bangsar ngan Bukit Bintang lah..Jaga Kota Bharu dan Kuala terengganu pun dah cukup..
ni tengok lah..Tak Lama lagi Ustaz bani melayu akan sibukkan pasal Krismas pulak.. depa akan sibukkan hal agama orang..tak cukup nak sibuk pasal tarikh lahir Nabi Muhammad betui ker tak.. depa nak sibuk tarikh lahir Nabi Isa pulak.. hal Agama lain pun depa nak sibuk.. 🙂