Keengganan bekas PM Mahathir Mohamad berhenti mencampuri urusan negara terutama masa Pak Lah menjadi Perdana Menteri masih berterusan sehingga zaman Najib Razak. Begitu juga beliau sering mengulas hal ehwal agama biarpun tidak ada satu universitipun yang mengiktiraf Mahathir mempunyai kelayakan bercakap berkenaan isi agama Islam secara khusus.
Pun begitu mantan PM ini masih juga berdegil untuk mengulas hal ehwal Islam yang memerlukan si pengulasnya seorang yang memahami kitab Al Quran, Hadis-hadis Nabi, Ijma’ dan Qias iaitu urutan cara untuk memahami Islam secara yang betul dan tertib. Semua perkara ini dimiliki alim ulama yang diperakui keilmuannya dan kealimannya seperti para Mufti-mufti (dan mungkin tidak semua mufti di Malaysia) dan juga profesor di institusi pengajian tinggi yang mempunyai fakulti Islam atau pusat Islam.
Begitu juga kelayakan ini dimiliki oleh para ulama dalam PAS itu sendiri termasuklah Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Abdul Hadi, Tok Guru Harun Din, Ustaz Ahmad Awang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Taib Azamuddin dan banyak lagi nama besar dalam PAS khususnya yang duduk dalam majlis Syura Ulama PAS yang diwajibkan mereka-mereka yang berkelayakan dan berkemampuan dalam agama dan diiktiraf. PAS tidak meletakkan sebarang orang atau tokoh dalam majlis tersebut jika tidak mencukupi syarat-syaratnya seperti mereka tidak mencalonkan Mahfuz, Sallahudin Ayub, Mustafa Ali, Kamaruddin Jaafar dan lain-lain lgi yang tidak beroutoriti dalam agama. Itupun mereka ini lebih baik dan bagus pengetahuan Islamnya daripada kebanyakan pemimpin Islam dalam Umno.
Tok Guru-tok guru dalam PAS mereka mempunyai kelas pengajian agama dan istiqamah menyampaikan ajaran Islam berpandukan Al Quran dan Hadis Nabi SAW. Kita tidak yakin ulama dalam Umno ada kelas pengajiannya sendiri dan ditakuti tiada anak muridnya nanti jika diadakan juga. Cuba kita lihat Tan Sri Hamid bin Man, Jamil Khir, Yusuf Noor, Ghazali Ahmad ( masa dalam PAS dulu dia mengajar lagi tapi bila masuk Umno sudah hilang) Wan Mokhtar Ahmad dan ramai lagi ilmuan Islam yang masuk Umno mereka kebanyakannya tidak aktif lagi menyampai kuliah agama secara bertertib sebaliknya jika rasmi barulah mereka muncul. Umno banyak menggunakan para mufti dan cendikiawan Islam dari luar untuk mempertahankannya.
Jadi berkokoknya Mahathir untuk kesekian kalinya bagi membela dirinya sendiri dan Umno atau apa-apa sajalah bagi pihaknya hanya akan merugikan umat Islam umumnya dan memalukan diri sendiri sahaja dan ditertawakan oleh para bijakpandai yang melhat gelagat mereka ini dari masa kesemasa.
Cukuplah Mahathir dan begitu juga para ilmuan dalam Umno tolonglah jelaskan Islam menurut yang sebenar dan jangan putar belitkan lagi menambahkan dosa dan mengelirukan generasi Islam yang sedang tercari-cari jalan keluarnya sekarang dan lhatlah yang terbaru Mesir dan Tunisa.