Oleh Rahim Ahmad
Keputusan Kimanis sama seperti Tanjung Piai. Walaupun WARISAN hanya sekutu PH, tapi WARISAN pun berjangkit masalah yang ada kat Kerajaan PH.
Biasalah, orang ramai dah mula menyampah dekat politik akhir-akhir ni, termasuk penyokong PH. Soal peralihan dari Tun Mahathir ke DS Anwar, kegagalan Menteri-Menteri dan isu dalaman PKR.
Memang gandingan Mahathir-Anwar tak dijangka-jangka berlaku sebelum PRU14. Almaklumlah, sejak 1998 kedua-dua tokoh ini dah berentap. Tapi diorang pilih untuk ketepikan perbezaan untuk jatuhkan Najib, selamatkan Malaysia dari rasuah dan pulihkan ekonomi negara.
Sebenarnya ada dua pembodek terbesar Mahathir sekarang, dalam PKR yang tolak Mahathir dan PH pada awal penubuhan PH: DS Azmin dan Zuraida. Dua-dua Menteri ni kelahiran Singapore.
Sama seperti hari ni, Azmin dan Zuraida ni bukan pandai tengok strategi politik, jauh sekali ada prinsip atau pegangan. Keputusan diorang kerana takut – takut hilang jawatan dan kuasa semata-mata.
Pada Julai 2017, Azmin tegaskan Kerajaan Selangor adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. Azmin MB waktu ni
(https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/06/azmin-ali-pakatan-rakyat-govt-to-fulfil-last-ge-mandate/).
Azmin nak PAS kekal semata-mata sebab dulu dia harapkan PAS untuk jadi MB pintu belakang walaupun PKR, DAP dan 2 ADUN PAS – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin memberi sokongan kepada DS Dr Wan Azizah jadi MB.
Azmin dan Zuraida cuba melobi mati-mati untuk meletakkan Azmin sebagai calon PM. Mereka cuba panjangkan tempoh sampai Azmin umumkan bincang calon PM lepas menang PRU14 nanti! (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/09/azmin-menang-pru14-dulu-baru-bincang-siapa-pm/).
Pada 3 Januari 2018, Zuraida kata gandingan terbaik PM-TPM adalah Azmin-Mukhriz .
Bila PH umum 7 Januari Mahathir-Wan Azizah sebagai PM7 dan TPM, dan Anwar sebagai PM8, pengikut Zuraida walkout. Zuraida, yang waktu tu Ketua Wanita PH, kata dia kecewa dengan pengumuman itu (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/30675).
‘Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.
“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa PPBM ketika itu.”’
PKR Selangor yang dipengerusikan Azmin, keluarkan kenyataan tak sampai 24 jam selepas pengumuman PH kata mereka kecewa dengan keputusan yang membelakangkan 20 tahun perjuangan Reformasi.
Kenyataan itu atas nama Hizwan Ahmad, Ketua Komunikasi PKR Selangor dan sekarang SU Politik Zuraida (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/31421).
‘Dalam pada itu, Hizwan berkata, PKR Selangor merasakan yang calon perdana menteri patut datang dari PKR sendiri.
“Kini negara sedang berdepan dengan zaman baharu. Golongan millenial pastinya mahu melihat seorang tokoh segar, kaya dengan buah fikiran yang berpandangan jauh dan berkesan untuk membawa negara ini keluar dari kepompong kerosakan yang telah tercipta sekian lama oleh barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional sejak dahulu lagi.
“Rakyat tidak mudah lupa, penggerak asli Reformasi juga tidak akan lupa. Reformasi total mesti ditegakkan dari semua aspek. Baik sistem, dasar, pentadbiran dan juga pentadbirnya,” katanya.’
Tun pernah kata, Melayu mudah lupa. Tapi mungkin Melayu Singapore ni lagi kuat pelupanya.
Lepas keputusan PRU14, Azmin duk himpit Tun dekat Sheraton sebab dia takut-takut dia hilang jawatan MB Selangor yang lumayan, dan diberi jawatan Menteri Pusat yang junior. Dia mintak Guan Eng dan Mat Sabu supaya sokong dia kekal di Selangor. Dengar cerita komponen-komponen PH tanya – dia dah tanya Kak Wan belum, tapi Azmin tak boleh cakap apa.
Tapi Tun Mahathir bagi peluang kat Azmin dengan portfolio baru, Hal Ehwal Ekonomi. Zuraida dapat jawatan besar jugak, Menteri KPKT.
Ruginya diorang ni tak perform.
Tak sampai setahun, Azmin dah nampak gagal. Datuk Kadir Jasin, Penasihat Media PM kata Tun Mahathir terpaksa buat Majlis Tindakan Ekonomi sebab PM tak puas hati prestasi menteri. Kadir kata lagi menteri tak turun jumpa peneroka Felda dan Felcra (https://www.sinarharian.com.my/article/12476/BERITA/Politik/PM-tidak-gembira-prestasi-Kabinet-PH-A-Kadir-Jasin).
Ini semua rujuk pada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Bulan Mei 2019, Azmin respon pada Kadir dengan kata yang penting penilaian rakyat, bukan individu (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-yang-boleh-nilai-prestasi-menteri-bukan-individu-tertentu-azmin-208328).
Azmin juga diberi kepercayaan untuk jadi Timbalan Pengerusi KL Summit 2019. Ini peluang dia bina profail dia (https://klsummit.my/members/).
Tapi macam portfolio ekonomi juga, Azmin tak buat kerja dan akibatnya Malaysia gaduh dengan Saudi, UAE dan Maghribi, dan Presiden Indonesia dan PM Pakistan tarik diri untuk datang.
Zuraida pula nampak lebih rapat dengan pihak pemaju. Janji nak bina rumah mampu milik masih tak jalan. Dia pusing satu Malaysia lantik orang politik jadi penyelaras KPKT kat negeri-negeri. PM pernah tegur Menteri-Menteri sebelum ni sebab lantik pegawai di luar garis panduan kabinet.
Mungkin PM / KSN patut tegur Zuraida. Dengar cerita jawapan Zuraida penyelaras ni tak dibayar gaji. Tapi kalau tak dibayar gaji mereka dibayar macam mana? Dengan projek?
Dalam ranking Malaysiakini Disember 2019 (https://www.malaysiakini.com/news/505434) Zuraida dapat nombor 21, bawah Mujahid Rawa. 22 Rina Harun, 23 Waythamoorthy dan 24… Azmin! Jumlah Menteri ada 28.
Faktanya, kalau ikut rakyat, Zuraida dan Azmin dan lama kena pecat. Tun Mahathir mungkin boleh guna dua individu ni dulu, tapi diorang ni dah semakin lemah di mata rakyat.
Sekarang bodek Tun, sebab nak kekal berkuasa. Dulu lawan Tun pun waktu bentuk PH dan Tun diumum jadi PM, sebab nak kekal berkuasa.
Jangan nama Tun rosak nak jaga dua Melayu Singapore ni yang sebenarnya tak ikhlas sokong Tun pun.