Saya sikitpun tak rasa apa-apa bila Hasan Ali tarik balik kenyataan terbukanya bantai partinya sendiri, baling taik kat muka Pas.Tau sebab apa?Pertamanya bila Hasan Ali yang kini jadi idola media arus perdana milik Umno kata beliau dapat sokongan Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz. Tengok-tengok Tok Guru Nik Aziz kata dalam FBnya beliau sikitpun tak sokong Hasan Ali dalam kemelut yang ditimbulkan Hasan Ali.Adakah Hasan Ali bukan kaki temberang dan kaki putar belit bila bercakap?
Hasan Ali yang kini menyinga, tak boleh ditegur, nampak bongkak dan sombong mungkin kerana beliau tahu pemimpin Pas , badan disiplin Pas tidak akan mengapa-apakan beliau .Kalau kena tindakan mungkin hanya amaran saja sebab namanya Hasan Ali bukan Khalid Samad!
Hasan Ali orangnya hebat ada macam-macam gelaran datuk jadi payahlah sikit Pas nak ambik apa-apa tindakan.Kini Hasan Ali yang didakwa ada buat hubungan dalam gelap dengan Umno di Hotel Le Meridian bulan puasa lalu oleh Cikgu Pa Setiausaha Agung Pas Pusat kini berkata ‘Bukan saya , Mustafa yang jumpa Umno.” Ha Ha Ha .Siapa main siapa.Mula-mula Hasan kata TGNA sokong dia kini dia baling taik tu kat muka Cik Gu Pa pulak.Haaa ambik ambik!
Hasan Ali juga kata ‘media arus perdana beri saya lebih liputan daripada Harakah’.Ya la sebab hanya kepala Hasan Ali saja lagi yang media Umno tak telan.Yang lain dah habis kena telan.Ingat Umno bodoh, syaitan bodoh kalau dia goda kita dia tak dapat untung dan laba?
Takziah kepada keluarga Adun Tendong (Pas) Allahyarham Dr Muhammad Md Daud yang telah meninggal dunia.Begitu juga kepada keluarga Allahyarham Dr Abdul Hamid Othman bekas Menteri Dijabatan Perdana Menteri.Moga mereka berdua diampunkan segala dosa oleh Allah SWT.