Mohamad Ezam Mohd Nor
1.Pendedahan demi pendedahan yang berlaku beberapa hari ini hanya membuktikan satu hakikat – Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bermain muslihat politik kotor seorang diktator yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekalipun.
2.Politik usang ala Machiavelli dimana matlamat menghalalkan cara digunapakai oleh diktator ini buat kesekian kalinya.
3.Makanya sehari dua ini negara ini dihidangkan dengan kisah pelik tapi benar.Terbaru rakaman audio dan pendedahan oleh pimpinan UMNO sendiri terhadap Presiden UMNO yang mengakui kewujudan komplot jijik antara Mahathir dan mereka.
4.Beberapa minggu sebelum ini Presiden PAS juga secara terbuka menyokong diktator ini untuk terus kekal berkuasa. Presiden PAS ini mencipta sejarah tersendiri menyokong seorang kleptokrat (PM 6) dan seorang diktator(PM 7) dalam waktu yang sama.Presiden PAS ini akan dikenang sebagai Presiden PAS paling hampas dalam sejarah.Jauh berbeza dengan ketegasan Presiden PAS terdahulu Almarhum Dato Ust Fadzil Nor terhadap diktator yang sama.
5.Ini semua gara2 permainan politik licik,jijik dan jahat diktator tua bernama Mahathir Mohamad.Menggunakan kuasa dengan taktik ancaman dan tawaran.Taktik standard bagi setiap diktator yang mahu terus kekal berkuasa.
6.Jangan lupa Kongres Maruah Melayu yang akhirnya menjadi Kongres yang hasilnya hanya menampilkan pemimpin2 melayu tiada maruah, skandal video seks,skandal rasuah helikopter hilang dan sebagainya.Pemimpin2 seperti ini adalah ramuan paling enak seorang diktator.
7.PKR parti paling besar dalam kerajaan di porak perandakan dengan taktik pecah dan perintah dengan menjadikan Timbalan Presiden dan beberapa pimpinan PKR bertukar status daripada pejuang rakyat kepada agen dan penjilat seorang diktator.
8.Sebelum negara menjadi semakin parah dan rakyat semakin melarat dengan permainan politik kotor diktator yang semakin menjadi2 ini, PH sebagai koalisi pemerintah wajib memperbetulkan keadaan negara ini.
9.Tun Mahathir mesti didesak untuk berundur.Dan berundur segera!
10.Apakah belum cukup peringatan rakyat di Tg Piai dengan kekalahan parti pemerntah paling besar dalam sejarah? Dan terbaru di Kimanis.
11.Kesabaran rakyat ada hadnya.