Ketika tanah kubur RM 200K masih merah, Ketua Penerangan PAS Perak pula berdepan saman jika tidak memohon maaf dalam tempoh tujuh hari kerana kenyataan fitnah.
Aku pun kurang faham, apa sebenarnya perkara yang bersarang dalam otak dan hati pemimpin dan pengikut PAS. Jika sebut Islam, mereka mendakwa mereka lebih Islam daripada pihak lain.
Disebut usrah, merekalah paling kuat usrah. Andai berserban, merekalah paling kejap lilitannya. Diajak berdemo, habis Merbuk Sepadang berterbangan lantaran demo mereka.
Sana-sini bising DAP anti Islam. Bersipongang kerajaan PH liberal, membiarkan maksiat hinggakan Sajat yang berumrah sebagai perempuan pun disalahkan Menteri Agama.
Demikianlah, betapa padu, kukuh, mantapnya keislaman mereka kononnya. Semua orang kurang Islam, kecuali mereka saja berislam dengan sempurna.
Tup tup, fitnah lagi…! Aduh. Ada seorang lagi di Selangor, berketayap, mengata Menteri Wilayah menyokong burger babi. Pengata bertitle haji dan berketayap, berlatar belakang lambang PAS dengan slogan, Kita Pilih Hijau.
Bagi aku, mereka jadi begitu kerana pemikiran Khawarij begitu mengakar dalam otak mereka. Neo Khawarij. Maruah orang lain halal dirobek, seperti Khawarij zaman dulu, darah orang lain halal ditumpah.
#PasZamanHadi