Sy bkn penyokong ph, dap, bn @ PAS ttp sy nak share info menarik ni:
Nak harapkan Umno/BN jaga Islam/Melayu?
Umno & Menteri Agama Umno tu sanggup tangguhkan hampir 40 tahun cadangan itu, hanya kerana “nak jaga hati MCA/ MIC” dan takutkan kehilangan sokongan bila dibentangkan, dan bakal ditolak….
Sejak YB Menteri Agama Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pakatan Harapan ambil kuasa, beliau melaksanakan manisfesto PH dan dibentangkan penuh lancar, walau diganggu oleh ramai Umno/Pas, dan kahirnya menerima sokongan padu, walau oleh bukan Islam sekali pun.
Itulah hikmah nya bila kita jujur dalam berpolitik, dan berani bersemuka dan berpegang pada PRINSIP…
——-
RUU Guaman Syarie: Political Will PH vs BN
RUU Guaman Syarie: Political Will PH vs BNMasa borak-borak dengan sifu dan ‘orang-orang lama’ dalam Jawatankuasa…
Posted by Noorazmir Zakaria on Wednesday, July 10, 2019
Masa borak-borak dengan sifu dan ‘orang-orang lama’ dalam Jawatankuasa Teknikal Syarak & Sivil yang dah berpuluh tahun terlibat, seronok dengar pengalaman mereka tentang susah payah dalam usaha memartabatkan undang-undang Syariah di negara kita. Banyak cerita realiti belakang tabir tak sama dengan apa yang media sering laporkan. Dari isu keluk-kelik RUU 355 hinggalah ke RUU Akta Guaman Syarie.
Menurut ‘orang-orang lama’ ini yang dah berpuluh tahun berkecimpung dalam Jawatankuasa Teknikal Syarak & Sivil ini, mereka tidak pernah lihat Kerajaan yang ‘berani’ dan laju seperti Kerajaan PH membawa undang-undang baru ke Parlimen bagi memartabatkan undang-undang Syariah. Sebagai contoh, RUU Akta Guaman Syarie yang bertangguh sejak 1984 kerana tiada political will.
Bila saya tanya, kenapa pula tiada political will? Bukankah Umno parti melayu terbesar dalam BN sebelum ni? Itu pun belum cukup kuat?
Mereka jawab, sebab bapak menteri tak dapat sokongan parti politik orang bukan Islam. Takut nanti tak dapat undi.
Saya pun tanyalah lagi, parti mana? (Dalam hati saya agak mesti depa nak jawab Pandap 🙈). Mereka jawab… MCA dengan MIC lahh 🤣🤣🤣
Jujurnya saya agak terkejut dengan jawapan ni. Sebab BN selama ni (hingga kini termasuk awek baru mereka; Pas) sering laungkan DAP lah punca yang lawan Islam selama ni. Tapi ‘orang-orang lama’ ni sendiri akhirnya sahkan MIC dan MCA lah punca selama ni dan menjadi bayangan ngeri kepada Umno BN.
Maka dalam keadaan pakatan NoPas asyik mainkan isu ‘Islam terancam’ dalam era Kerajaan PH ini, realitinya RUU Guaman Syarie inilah bukti komitmen PH terhadap pemartaban undang-undang Syariah di negara kita. Kalau betul BN terer sangat, kenapa perlu ambil masa sampai 40 tahun tapi nak bentang pun takdak teloq? RUU 355 pun main aci passing kat Marang. Itu pun last sekali tangguh 😝🤣🤣.
Omputih kata ‘action speaks louder than words’. Walau hanya setahun setengah PH memerintah, RUU Guaman Syarie ini berjaya dibawa ke parlimen oleh PH tanpa masalah. Walau apa pun, ini bukanlah pertama dan terakhir. Banyak lagi RUU berkaitan memartabatkan undang-undang Syariah akan terus dibawa insyaallah.
Mesyuarat terakhir Jawatankuasa Teknikal Syarak & Sivil telah selesai ‘khatam’ Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 dan juga negeri-negeri lain untuk meminda dan menyelaraskan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah syariah seluruh negeri di Malaysia. Ini adalah KPI yang ditetapkan sendiri oleh Dato’ Seri Dr Mujahid untuk direalisasikan insyaallah.
Kesimpulannya, saya cenderung untuk melihat PH komited dengan menumpukan aspek pelaksanaan dan biarkan pembangkang khususnya Pakatan NoPas untuk terus bermain dengan sentimen. Komited dengan tempoh 5 tahun yang diberikan oleh rakyat untuk bekerja memartabatkan Islam tanpa perlu terpedaya dengan sentimen pembangkang.
Akhirnya tahniah kepada team JAKIM dan YB Dato’ Seri Dr Mujahid kerana bertungkus-lumus siang dan malam untuk lihat RUU Guaman Syarie ini direalisasikan. Begitu juga stakeholders yang lain seperti PGSM yang amat ‘bersabar’ selama ini. Let’s move to a next chapter.
Azmir Zakaria
Jawatankuasa Teknikal Syarak & Sivil