Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata parlimen tidak perlu dibubarkan kerana Pakatan Harapan telah mendapat sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Hal itu dinyatakannya kepada media mengulas Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hasan dan Setiausaha Agung Umno Annuar Musa petang semalam memohon Yang DiPertaun Agong membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum baharu, petang semalam
Sewaku disoal mengenai keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) berikutan percaturan politik yang berlaku, Khalid Samad hanya menjawab ia tidak menjadi suatu keperluan.
“Tidak, kita tidak bincang tentang PRU. Mengapa kita perlu membazirkan duit untuk mengadakan pilihan raya kalau kita boleh mendapatkan majoriti yang jelas,” katanya dipetik.
“Dengan majoriti mudah pun cukup untuk PH membentuk kerajaan,” jawabnya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH, di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya.
Sementara itu, Khalid juga mengulas bahawa mesyuarat yang diadakan itu berlangsung dengan baik sekali gus membawakan intipati yang seolah-olah merujuk kepada perkara sesuatu positif akan berlaku.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Ketua Umum PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta beberapa pemimpin parti politik lain.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut tidak menyentuh mengenai calon Perdana Menteri yang akan diangkat oleh kerajaan baharu PH berkenaan.