Bersatu dan gabungan Azmin, Umno dan Pas menghadapi masalah apabila ketua pemuda Beratu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan menyokong presidennya mengetuai kerajaan campuran baharu.
Beliau turut menafikan pernah menandatangani apa-apa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri.
“Saya tak pernah tandatangan,” katanya dipetik Malaysiakini tentang sokongan Bersatu terhadap Muhyiddin sebagai calon perdana menteri kelapan.
Ini ekoran kenyataan Setiausaha Agung Bersatu semalam, Marzuki Yahya yang menyatakan Mesyuarat Ahli-ahli Dewan Rakyat Bersatu (termasuk sekumpulan blok Azmin dari PKR) memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin.
Katanya, “mesyuarat itu dihadiri oleh seramai 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu”.