Hampir pasti kerajaan Pakatan Harapan 2.0 tidak akan memasukkan semula menteri yang memainkan peranan menjatuhkan kerajaan PH 1.0.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata kerajaan baru ini juga bukan kerajaan perpaduan sebagaimana yang mahu ditubuhkan Mahathir Rabu lalu.
“Prospek (kerajaan) Azmin/Umno/PAS sangat sukar dibayangkan, sehingga semua kembali cuba menyelamatkan kerajaan PH.
“Kerajaan Azmin/Umno/PAS akan mengundurkan langkah reformasi dan menyebabkan aliran keluar pelaburan domestik, dan menghentikan semua pelaburan langsung asing.
“Jadi apa yang kita ada sekarang bukanlah kerajaan perpaduan, tetapi kembalinya kerajaan PH 2.0,” katanya dipetik.
Pada masa ini, beliau berkata Bersatu sedang menangani hal dalamannya, sementara pendirian GPS masih belum jelas.
Sementara itu, sumber dalam memberitahu Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak akan berada dalam kerajaan baru bagi memberi laluan yang lancar kepada sekutu-sekutu Mahathir untuk menyatakan sokongan.
“Dalam dewan, orang dalam mengakui bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim secara sukarela tidak menyertai kabinet dan memberi laluan kepada Mahathir sebagai perdana menteri, agar PH 2.0 terus hidup.
“Akhirnya ada peluang yang besar untuk menubuhkan kerajaan, selepas seminggu huru-hara politik,” katanya lagi.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga memberitahu Malaysiakni yang kerajaan baru yang akan ditubuhkan ialah sebuah kerajaan PH, tetapi tidak mengulas lebih lanjut tentangnya.