Presiden PKR akan dikenang dalam sejarah negara sebagai pemimpin yang lebih mementingkan negara apabila bersetuju melepaskan pencalonan beliau sebagai perdana menteri ke-8 demi memberi laluan kepada Tun Mahathir yang mempunyai 26 kerusi daripada Bersatu dan mengakhiri kemelut seminggu krisis politik Malaysia
Anwar Ibrahim hadir hari ini di Istana Negara mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, kepentingan negara perlu diutamakan melebihi segala-galanya bagi mengelakkan kemelut politik berpanjangan.
“Hadir ke Istana Negara tengahari tadi bagi menyerahkan surat menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan terkait calon PM dengan mengusulkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM mewakili PH.
“Saya terharu dukungan yang diberikan kepada saya, namun saya pilih untuk melihat kepentingan negara melebihi peribadi,” katanya ringkas.