Pakatan Harapan bertambah kukuh dengan kemasukan ahli parlimen Ahli Parlimen Serian (P.199) Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem ke dalam PKR petang ini.
Hal itu dimaklumkan melalui akaun Facebook rasmi PKR.
“KEADILAN dengan rasminya mengalu-alukan kemasukan YB Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Ahli Parlimen Serian (P.199) ke dalam KEADILAN,” kata catatan ringkas yang tertera.
Richard Riot ialah pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Sementara itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan Ahli Parlimen Keningau (P.180) pula menyatakan sokongan terbuka kepada calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Mahathir
“KEADILAN & Pakatan Harapan mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau (P.180) yang telah menyatakan sokongan terbuka buat @chedetofficial sebagai calon Perdana Menteri,” ciap Fahmi Fadzil dalam akaun twetternya.
Dr Jeffrey adalah pemimpin Parti Bersatu Sabah yang menjadi pembangkang di bumi kenyalang itu