Banyak pihak berkata semua yang berlaku adalah agenda Azmin Ali, namun Tun Mahathir dalam sidang mediakanya di Yayasan Al Bukhari berkata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin paling banyak mengkhianatinya.
Menurut Mahathir, Azmin memang memiliki agenda tersendiri tetapi Muhyiddin lebih banyak menyusun perancangan.
“Dia (Azmin) mempunyai agenda sendiri. Saya rasa dikhianati, paling banyak oleh Muhyiddin.
Beliau (Muhyiddin) merancang ini untuk masa yang lama dan kini dia berjaya,” katanya.
Mahathir turut berkata, Muhyiddin melanggar perlembagaan Bersatu apabila melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi.
“Beliau melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Bersatu tanpa kehadiran saya, yang mana ia sama sekali tidak sah sama sekali kerana tidak mengikut perlembagaan.
“Tapi bagi beliau, ia tak penting.
“Sekarang dia mendakwa dia adalah ketua Bersatu, tapi saya masih pengerusi Bersatu,” katanya.