Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.
Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya, istilah Jin Kacau Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar (kerana perlakuan mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi pendengar kuliah Ustaz Azhar. Malah di setengah tempat, yang menjadi penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.
Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO (terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon). Fenomena yang bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan. Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu, tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.
UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak. Dua personel dari Terengganu (tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru negara. Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam kerana satu lirik filem lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta (kita mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).
UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk menyanggah Ustaz Azhar.
BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar! Yang paling digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.