Kalau semasa bicara kes Liwat I yang diusung ialah tilam dan bukan cadar atau seluar dalam. Konspirasi tuduhan liwat oleh pihak-pihak yang dinamakan tangan ghaib ini tidak pernah berputus asa untuk terus menerus mencalarkan imej Anwar dan pihak pembangkang khususnya.
Sebagai seorang Islam samada Anwar ataupun Saiful kedua-duannya mempunyai Tuhan yang satu yakni Allah SWT maka menjadi tanggungjawab keduanya untuk mengadu kehadrat Allah SWT apakah yang menimpa Anwar sebagai satu ujian buat hambanya yang kerdil itu dan bagi pihak Saiful apakah dengan cara mereka bukti dan mempertahankannya serta rela menjadi alat kepada tuan-tuan yang sedang mempertahankan kekayaan milik mereka itu berbaloi.
Apatah lagi Saiful diberitakan menunaikan fardhu haji atau umrah baru-baru ini di Makkah Makkatul Mukaramah adakah tiada sedikitpun hidayah untuk dia membuang segala sifat mazmumahnya supaya jangan lagi mementingkan keuntungan duniawai sahaja sebaliknya menginsafkan diri jangan lagi meneruskan fitnah kepada sesiapapun termasuk kepada bekas majikannya Dato Seri Anwar Ibrahim.
Secekap mana sekalipun Sankara, Karpal atau Ram di mahkamah namun hasrat si hakim yang mengendalikannya tetap tidak akan berganjak untuk terus mensabitkan kesalahan liwat tersebut.
Walau satu dunia melihat dan menghakimkan bahawa cara perbicaraan tersebut banyak tercalar dan berlaku diluar kebiasaan perbicaraan namun kehendak tuan-tuan yang merekacipta tuduhan tersebut enggan mengalah dan mahu terus dibicarakan.
Bayangkan secara logik dan profesional pengurusan pembelaan hakim, peguam dan lain-lain kini telah TERANG lai BERSULUH bahawa apa yang didakwa budak Saiful itu tidak dapat dibuktikan oleh ujian yang dijalankan oleh para doktor kerajaan sendiri dan bukan swasta.
Oleh kerana yang difitnah adalah melibatkan orang politik dan popular pulak maka seluruh seantero dunia sedang memerhatikan kemajuan kes ini.