Tokoh Umno Johor, Tan Sri Shahrir Abdul Samad merupakan pemimpin terbaharu mempersoalkan tindakan Muhyiddin Yassin yang mengetepikan banyak pemimpin parti itu daripada quota menteri biar pun Umno blok terbesar dalam Perikatan Nasional.
Menurut bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu pada asalnya setuju bergabung antara BN, PAS dengan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) serta kumpulan diterajui Azmin Ali yang dibuat secara “en bloc” dengan niat yang suci murni. Tetapi setelah menjadi kerajaan pelbagai perkara pula timbul, katanya
“Keputusan dan tindakan secara ‘en bloc’ oleh BN bersama PAS berjaya dilaksanakan sehingga perkenan Agong untuk Muhyiddin menjadi PM.
“Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat ‘en bloc’ itu,” kata beliau dipetik.
Shahrir dipercayai merujuk kedudukan Umno dan BN yang paling banyak, 39 kerusi tetapi mendapat quota menteri yang tidak seberapa berbanding puak Azmin yang hanya 10 orang tetapi semua mendapat jawatan.