Semua pihak dalam perikatan Pakatan Rakyat bersetuju cara pembahagian kerusi untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti tidak menimbulkan sebarang masalah ataupun provakasi. Malah persefahaman yang terjalin antara parti-parti utama dalam Pakatan Rakyat amat kukuh dan muhibbah.
Maka tidak timbul sama sekali laporan-laporan berita yang cuba mengekspolait sesama pimpinan berhubung soal pembahagian kerusi.
Menurut beberapa pemimpin kanan parti dalam Pakatan Rakyat samada DAP, PKR dan PAS masing-masing percaya kebijaksanaan wakil-wakil pemimpin yang merajui majlis bersama Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan apapun masalah yang timbul.
Pihak yang mencurigai atau cemburu dengan kejayaan Pakatan Rakyat menguruskan apa saja isu yang melingkari Pakatan Rakyat menyebabkan mereka itu menggunakan media separuh Umno atau Bn bagi melaga-lagakan pemimpin dan menanamkan rasa irihati dikalangan penyokong PR agar memberontak dan melahirkan rasa tidak puashati terhadap kesejahteraan Pakatan Rakyat.
Anwar selaku pemimpin utama dan veteran dalam Pakatan Rakyat sering menegaskan bahawa apapun perkara yang menyangkut kepentingan rakyat wajar didahulukan dan bukan ketamakan kuasa atau kroni sehingga dilindungi dengan cara yang kotor atau melarikan diri.
Begitu juga dengan PAS pimpinan tertingginya termasuk Al Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menegaskan bahawa perjuangan PAS yang membawa obor Islam dan mengutamakan dosa dan pahala dunia dan akhirat tidak sanggup untuk berbohong apatah lagi menikam sahabat ataupun seperti gunting dalam lipatan persis cara Umno-BN malah PAS sentiasa berlapang dada dalam semua hal. Oleh sebab itu PAS kini dikenali sebagai PAS FOR ALL dan PAS untuk semua dan sentiasa membuka pintu perundingan kepada semua samada Islam atau bukan Islam.
Bagi DAP pula yang kini semakin menampakkan perubahan sentiasa membuka mata untuk bersama dalam Pakatan Rakyat dan memahami dasar-dasar PAS yang utama dan tidak lagi rigid dengan pandangan negara Islam dan hukum Syariah. Lihat betapa kenyataan Karpal Singh sendiri selepas Konvensyen Pakatan Rakyat II di Pulau Pinang ianya amat melegakan seluruh pendokong perjuangan Islam.
Tambahan pula kenyataan demi kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP Sdr Lim Guan Eng sering melegakan hati umat Islam dan pendekatannya di pulau mutiara itu sedikitpun tidak menakutkan orang Islam walaupun media arus perdana dokongan dan alat Umno_BN sering mengambarkan sebaliknya seperti anti Islam, anti Melayu dan sebagainya.
Oleh itu Pakatan Rakyat akan terus mengemblengkan tenaga, usaha, kebendaan untuk terus berkhidmat kepapda rakyat Malaysia melalui sistem demokrasi dan tidak ingin menjadikan negara ini seperti negara Tunisia atau Mesir sehingga rakyat bangkit di jalan raya tetapi rakyat diseru untuk menggunakan saluran pilihanraya untuk menumbangkan Umno-BN secara demokratik sebagaimana PRU 12 baru-baru ini dan hampir menumbangkan BN.