Ust Zamri Zainal Abidin
“Apa komen Ustaz pasal Timbalan Menteri tutup akaun Twitter?” satu pertanyaan di kotak Mesengger saya.
“Allah….Kak Wan kena hina, kecam, caci, maki hamun 24 jam sehari tetapi tidak pernah tutup mana-mana akaun medsos.” Spontan balasan saya kepada si penanya.
Sungguh… Kak Wan cekal menghadapi serangan-serangan liar di medsos. Biarpun kadang-kadang beliau kelihatan agak terkesan dengan komen-komen liar itu namun Kak Wan cepat pulih dan mengubati dirinya sendiri.
Antara kata-kata Kak Wan yang saya kira untuk mengubat diri sendiri adalah, “Allah nak bagi pahala kat Kak Wan tu… Betul dak Ustaz?” Saya cepat-cepat menjawab dengan nada keanak-anakan, “Betul.. Betul.. Betul..” Selepas itu Kak Wan akan tergelak kecil. Bermakna dia sudah lupakan perkara itu, hanya dalam masa tidak sampai 3 minit.
Saya pernah terucap spontan kepada Tuan Syed Badlishah, sosok yang menjaga dan mengawal selia akaun medsos Kak Wan, “block ajelah si penulis komen liar itu.” Silap haribulan, bercakap depan Kak Wan, terus Kak Wan menegah,
“eh.. Jangan block. Biarlah dia, dia rakyat, boleh cakap apa yang dia tidak puas hati, Kak Wan pemimpin mesti dengar.”
Ya Allah, malunya saya. Hati saya lebih rapuh berbanding Kak Wan yang lebih bersifat penyayang. Sebab itu saya amat berhati-hati berbicara di depan Kak Wan. 😁
Maafkan saya para pembaca sekelian, mutakhir ini standard ukuran saya kepada khidmat, kecekalan dan kecemerlangan Menteri atau Timbalan Menteri wanita adalah Kak Wan. Biar dikatakan taassub tetapi pandanglah kepada realiti kerja yang disumbangkan oleh wanita itu kepada ummah walaupun dinafikan oleh sentimen, dalam tempoh 22 bulan beliau sebagai TPM.
Kak Wan tidak begitu petah berucap di atas pentas. Jauh sekali untuk menggunakan bunga-bunga bahasa pembangkit semangat, seperti “Ayuh.. Bangkit.. Maju ke hadapan..” 😁. Tetapi Kak Wan cepat bertindak dan tuntas dalam mencari keputusan.
Sekian.