KUALA TERENGGANU – Satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Umno Terengganu.
Laporan tersebut akan dbuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Burok YBM. Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga Ahli Jawtankuasa PAS Pusat, pada jam 11 pagi, Khamis 5hb. Januari.
Menurut pesanan ringkas yang dihantar oleh beliau, laporan tersebut akan dibuat d pejabat SPRM negeri Terengganu, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.
Katanya, beliau akan mengadakan satu sidang meda diluar pejabat SPRM selepas laporan tersebut dibuat. (sumber Buletin Online)
(Visited 149 times, 1 visits today)