Ini adalah beberapa cogankata sesebuah NGO yang amat prihatin dengan kelemahan umat Islam terkini di Malaysia hasil perbezaan perjuangan politik dan juga kegagalan pemerintah Melayu sendiri memartabatkan Melayu Islam. Bahkan asas tanah air ini ialah Melayu yang telah menerima Islam yang dibawa oleh pelbagai pendakwah samada dari nusantara Melayu ataupun pedagang Arab melalui Kesultanan Melaka.
Mungkin bagi pemimpin parti-parti Melayu menginginkan beberapa syarat untuk bersedia berunding bagi kepentingan Melayu dan Islam. Bagi yang lain pula mahukan pemimpin Melayu yang sedang berkuasa sekarang bertaubat, berubah sungguh-sungguh dan meletakkan juga supaya segera membuat pindaan dalam beberapa perkara penting untuk rakyat.
Sesungguhnya banyak perkara remeh yang menjadi penghalang kepada penyatuan bangsa Melayu samada yang sedang berkuasa ataupun yang sedang meraih kuasa melalui demokrasi berpilihan raya. Juga banyak persamaan yang membolehkan pemimpin Melayu untuk berunding, berbincang dan seterusnya bersatu. Melakukan semua itu adalah dengan satu matlamat iaitu mahu mendaulatkan agama Islam yang menjadi teras orang-orang Melayu.
Banyak contoh-contoh yang mengambarkan semua pemimpin Melayu boleh bersatu dan tidak kira apa fahaman politik mereka. Cuma mereka enggan mengaku antara satu sama lain. Juga terdapat banyak tuduhan sesama sendiri yang belum selesai dan seolah-olah tidak akan selesai.
Apakah melalui pemimpin seperti Najib Razak, Rais Yatim, Muhyidin, Shabery Cheek, Mustafa Mohamad, Noh Omar, Zambry Kader dan lain lagi dan juga dari pihak sebelah sana seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Harun Taib, Nik Abdul Aziz, Syed Hussin Ali, Mustafa Kamil, Hassan Mohd Ali, Ezam Md Noor, Shahrizat Jalil, Nuridah Salleh, Fuziah, Zuraida, Haniza Talha, Nik Nazmi, Khalid Ibrahim, Ali Rustam dan APAKAH MEREKA SEMUA INI BOLEH MENYATUKAN MELAYU DENGAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN DENGAN MEMENTINGKAN AGAMA ISLAM ?
Mereka semua ini telah telah menerima secara langsung dan tidak langsung hasil perjuangan mereka dalam sistem demokrasi Malaysia kini. Semua pemimpin melaungkan perpaduan dan ada menyebutnya ketika mempunyai kuasa dan ada yang berada diluar kekuasaan.
Fikir-fikirkanlah.