Sejak larangan pegerakan diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN), laskar siber Pas terutamanya, menyerang bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH), kononnya wabak Covid 19 berasal dari pelancong China yang tidak disekat kemasukan mereka sejak awal Februari lalu.
Biar pun media melaporkan jangkitan gelombang kedua kebanyakannya daripada kluster Tabligh yang berhimpun di Sri Petaling pada 27 Feb – 1 Mac, penyokong-penyokong Pas dan Umno tetap terus menyebarkan keburukan kerajaan PH, kononnya pentingkan diri sehingga wabak Covid tersebar luas.
Namun pada 22 Mac lalu, penjelasan dari Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu hantaran Facebook di https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/2016081001869322/ pada minit ke 12:45, telah membersihkan dosa yang dicipta penyokong PN ke atas kerajaan PH.
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Gelombang Kedua wabak Covid-19 melibatkan peserta ijtimak Tabligh dan virus mungkin dibawa masuk oleh peserta dari luar negara.
“Kalau kita lihat pada Covid 19 ini, pada Gelombang Pertama melibatkan warganegara China sama ada langsung atau pun tidak langsung. Dan kita ada tempoh 11 hari yang kita tiada kes (baharu) langsung.
“Seterusnya Gelombang Kedua melibatkan kes diimport. Iaitu warganegara Malaysia yang kembali dari luar negara membawa virus tersebut. Dan kita dapat kawal, ada beberapa kluster yang kita kenal pasti.
“Tetapi dalam perhimpunan Tabligh tersebut kita tidak sangka ada penukaran Covid 19 sebab kita tidak dimaklumkan. Hanya kita dimaklumkan oleh rakan sejawat saya di Brunei pada 9 hari bulan Mac dan seterusnya tindakan susulan telah diambil dan kita mendapati ramai yang positif iaitu 62% setakat ini.
“Iaitu 743 kes dan jemaah Tabligh ini dia telah pun kembali ke negara dan negeri masing-masing dan kita tahu jemaah Tabligh ini akan bertumpu di kampung dan daerah-daerah dalam negeri masing-masing.
“Dalam pada itu mereka akan datang ke masjid ataupun surau untuk sembahyang jemaah. Dan mungkin dalam proses ataupun melaksanakan solat jemaah dan jangkitan kuman itu berlaku. Iaitu apabila ada seorang yang positif bersin dan akan menjangkiti makmum yang lain, ” katanya.
Oleh itu, para penyokong Pas sewajarnya tidak lagi mempercayai fitnah memburuk-burukkan Dr Dzulkifly dan mantan kerajaan PH.
Akhlak yang baik perlu ditunjukkan pada ketika negara diamuk wabak Covid 19. Penghantar dan penerima berita pada bila-bila masa boleh terkena Covid tiba ajalnya sebaik sahaja menyebarkan fitnah.
Kronologi Covid-19
Gelombang Pertama
Januari:
Minggu 4 (24 – 29 Jan) 8 orang
Februari:
Minggu 1 (1 – 6 Feb) 14 orang
Minggu 2 (7 – 14 Feb) 19 orang
Minggu 3 (15 – 22 Feb) 22 orang (21 kes sembuh)
Minggu 4 (23 – 29 Feb) 25 orang (3 kes baharu)
[waktu ini tiada Menteri Kesihatan yang memantau rapi Covid-19]
Gelombang kedua
Mac:
Minggu 1 (1 – 7 Mac) 93 orang (tambah 68 kes)
Minggu 2 (8 – 14 Mac) 238 orang (tambah 145 kes)
Minggu 3 (14 – 20 Mac) 1030 orang (tambah 792 kes)
Sidang Media Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia
Sidang Media Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, March 22, 2020