Kebelakangan ini bukan sahaja perlembagaan negara diperalatkan dan ditafsirkan ikut suka aku (ISA) malah mimbar-mimbar Jumaat diperalatkan juga oleh kerajaan Bn yang menguasai institusi masjid dengan menyebarkan fahaman sesat dan karut iaitu megatakan sebarang perhimpunan aman tetap haram di sisi Islam.
Baru-baru ini penceramah bebas yang sedang meningkat naik dan dijadikan ikon oleh muda-mudi sekarang Ustaz Azhar Idrus memberikan pandangannya bahawa sebarang perhimpunan yang aman dan memperjuangkan apa sahaja kepentingan umat Islam dan masyrakat amnya adalah harus diadakan demi menyatakan haq dan batil.
Persetujuan ulama dalam PAS untuk turut serta menyokong perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim adalah kerana yakin bahawa tokoh tersebut difitnah dan dizalimi oleh Bn dan Umno dengan merekacipta isu dan fitnah bagi mengaibkan Anwar dan keluarganya dan demi menjauhkan rakyat dari memberikan sokongan kepada PR.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan bukan sahaja Anwar disokong kerana dizalimi bahkan jika Umno memfitnah Presidennya Najib Razak sekalipun DPPP akan tetap membelanya dan memastikan keadilan diberikan sepenuhnya kepada PM tersebut.
Pembelaan kepada Anwar Ibrahim bukan baru bagi PAS khasnya kerana sebelum ini Presiden PAS yang amat sebelum Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi iaitu Dato Ustaz Fadzil Mohd Noor telah memulakan pembelaan kepada Anwar sejurus selepas beliau dipecat oleh Mahathir dengan mengunjunginya di rumah beliau bersama Exco Pemuda PAS ketika itu Syed Azman Ahmad Nawawai (YB DUN Batu Buruk).
Dengan menubuhkan apa yang dinamakan GERAK gerakan menentang kezaliman yang dianggotai oleh ABIM JIM DAP PAS dan ADIL pimpinan Wan Azizah isteri Anwar.
Gelombang GERAK tersebut mampu menyedarkan rakyat sehinggakan apabila PRU 10 1999 Barisan Alternatif hampir berjaya menumbangkan BN dengan hanya tewas kepada BN di kebanyakan kerusi parlimen dengan majoriti yang mengejutkan BN. Terengganu pula BN Umno berputih mata dengan PAS menjadi kerajaan mengantikan BN.
Apapun seruan BN atau mana-mana agensi kerajaan persekutuan ianya tidak akan menakutkan gerakan rakyat menyokong perjuangan menuntut supaya kezaliman yang dilakukan keatas Anwar segera di bersihkan oleh bukan sahaja mahkamah tetapi juga menyiasat semula dengan menubukan suruhanjaya diraja jika perlu untuk menilai kredibeliti saksi2 yang dibawa oleh pendakwa.
Jangan sesekali menyalahgunakan mimbar JUmaat dan untuk menegakkan benang basah dengan menakutkan rakyat dan menafikan hak berhimpun rakyat . Jika BN dan Umno hilang kuasa sepenuhnya maka nescaya akan bertempiaran lagi meninggalkan negara ini kerana maklumat yang diperolehi bahawa ramai pemimpin negara ini atau bekas pemimpin mempunyai 2 kerakyatan atau PR (pemastautin tetap) di beberapa negara terpilih.