PRESIDEN PAS mengumumkan pemecatan Dato Dr Hasan Mohd Ali bekas PJ Selangor dan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan sebagai ahli PAS mengikut perlembagaan PAS selepas dibincangkan dalam mesyuarat penuh AJK PAS Pusat.
Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS,” kata Abdul Hadi.
Maka seorang yang menjadi duri dalam daging PAS terkini telah dikeluarkan oleh PAS sebagai membersihkan jamaah dari terus didajalkan oleh sesiapa sahaja yang mahu meruntuhkan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS.
Berita itu buruk pada Hasan Ali dan berita baiknya ialah ahli-ahli yang menghayati perjuangan PAS dan mematuhi seluruh arahan dengan ikhlas dan jujur maka mereka merasa lega kerana terkeluarnya seorang yang membawa fitnah kepada parti sejak dua menjak ini. Syukurlah .