Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta penyelidikan dilakukan ke atas sistem pembentungan. Berikut analisis daripada kenyataan-kenyataan pakar:
Covid19 dalam najis/swab dubur.
1. Sbg novel virus (virus yg baharu, yg belum dikenalpasti), viralogist akan kaji bukan sahaja bagaimana virus masuk dlm badan manusia, tapi juga bagaimana virus ‘keluar’ dari badan manusia.
2. Sebab itu sampel dari tubuh kita, seperti hingus, air kencing, kahak, dan juga najis dikajiperiksa ada virus tersebut atau tidak.
3. Hasil siasatan, didapati ujian antigen (sebahagian dari virus, dlm kes Covid19, RNA virus) Covid19;
90% positif dari bronchial lavage (‘kahak’ dari bronchial paru-paru),
70% positif dari kahak,
63% positif dari swab hidung/tekak
29% juga positif dari najis/swab dubur.
4. Penemuan 29% positif dari najis/swab dubur menunjukkan satu lagi jalan jangkitan (route of transmission) Covid19 adalah melalui feacal-oral route of transmission.
Contoh klasikal feacal-oral route of transmission adalah Demam Kepialu @ typhoid. Tangan yg tidak bersih menjadi cara utama punca jangkitan feacal-oral route of transmission.
5. Oleh kerana organ utama sbg ‘host’ utk Covid19 adalah paru-paru, kajian menunjukkan bila flush toilet juga boleh menyebabkan berlaku penyebaran virus Covid19 melalui bio-aerosol.
Cara nak cegah, tutup dulu penutup toilet ‘commode lid’ sblm flush!
#fakta tu dah ada, tak perlulah kaji hingga ke tangki kumbahan!