Blog: Mohd Sayuti Omar
Di pagi yang cerah dan cuaca panas, 28 darjah celcius, dalam penantian dan doa bilakah wabak Covid-19 akan berakhir, ingin saya mencungkilkan “akal” dengan sesuatu yang sudah lama terpendam di lautan minda saya tetapi tidak pula dibentangkan.
Hari ini saya cungkil dan dibentangkan untuk direnung bersama sejauh mana ada logik dan munasabahnya. Mudah-mudahan ia boleh membuat kita ramai-ramai bermahasabah diri serta mengambil ibrahnya.
Semua ini timbul apabila saya membaca terjemahan surat ditulis Abdul Hadi Awang dalam bahasa Arab yang ditujukan kepada pemimpin Gerakan Islam dunia kini tersebar luas.
Frasa yang menarik perhatian saya kemudian ingin dipecahkan kebuntuan kesekian lama bermain dalam minda itu frasa berbunyi;
“..berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason…”
Frasa ini penting dan ia menjadi intipati kepada surat tersebut sehingga membuka hati saya untuk mengupasnya agar mendalam sesuatu yang berlegar di luar kotak fikir.
Frasa ini juga menjadi dalil dan dalih kepada Abdul Hadi kenapa beliau memusuhi Anwar Ibrahim. Hal ini bukan baru ada dalam jiwa Hadi dan berkuman di sana sejak berdekad lalu.
Adalah benar dan betul bagi Abdul Hadi kalau beliau tidak senang dengan Anwar berdasarkan frasa di atas itu. Sebagai seorang mujahid Islam dan rakyat bertanggungjawab kepada bangsa dan negara, beliau kena mempertahan dan melawan sesiapa sahaja yang mahu membuat khianat kepada negara dan bangsa.
Bukan sembarangan
Saya kira beliau membuat tuduhan itu bukan sembarangan melainkan kerana ada bukti-bukti jelas atau daripada perawi tertentu yang menyampaikan kepadanya. Kenapa Abdul Hadi sering mengulangi perkara itu khasnya memburuk-burukkan Anwar. Tidak mungkin dan amat mustahil kalau Hadi iseng-isengan membuat tuduhan.
Apa yang penting dalam hal ini apakah Abdul Hadi yakin dengan mereka yang menyampaikan maklumat itu kepadanya. Jangan kerana mereka itu bekas kaki tangan kerajaan berkhidmat dalam pasukan keselamatan dan sebagainya, maka Abdul Hadi terus menelannya. Abdul Hadi harus berperangsangka mereka juga ada kebencian kepada Anwar.
Apa lagi kalau yang memberi maklumat itu agen mana-mana pertubuhan atau organisasi seperti mana disebut Abdul Hadi itu.
Sebagai orang Islam, tentunya Abdul Hadi juga tahu bahawa Neraka itu bukan teristimewa kepada orang-orang tidak menyertai parti Pas semata-mata.
Maklumat itu tentu ada yang menyampaikan. Tidak mungkin kalau maklumat itu diperolehi secara laduni atau mukjizat. Sebab selepas Nabi Muhammad s.a.w. sudah tidak ada manusia diberikan mukjizat? Manusia ada diberikan keramah, tetapi masalah keramah untuk Hadi itu terbatas kepada soal Anwar semata-mata.
Persoalan dan mauduk
Inilah persoalan atau mauduk orang tidak pernah fikir. Kenapa dan mengapa? Orang hanya mengira perbalahan kedua mereka kerana perbezaan ideologi politik, perbezaan latar belakang kehidupan, pendidikan sahaja, dan selajutnya kerana tergiur untuk jadi perdana menteri.
Tetapi orang tidak pernah cuba suluh dan menyelongkar lebih mendalam apakah sebab musabab di sebalik itu. Orang tidak pernah mengira dan terfikir kenapa mereka seagama sebangsa tidak boleh bersatu, berseteru dan membina puak yang saling bertentangan dan bermusuhan.
Di pihak mempertahankan Anwar akan bermati-matian mendakwa Abdul Hadi hanya menuduh itu sembarangan sahaja, tanpa cuba menyelidik apakah ia benar atau sebaliknya serta apakah puncanya. Penafian oleh Anwar dan begitu tuduhan Abdul Hadi kedua-duanya, kena disertai dengan dalil dan hujah masing-masing. Kalau perbahasan tuduhan dan menafi itu secara atas angin yang tidak wajar dilayan. Sangat kesal sekali kalau mereka bergaduh dan tuduhan sesadis itu kerana politik bersifat duniawi semata-mata.
Apabila mengenangkan kejadian ini, perseteruan – Abdul Hadi dengan Anwar, saya ingin mengungkap sesuatu yang jarang diungkap oleh ramai di sini dalam melihat kenapa perseteruan mereka berdua yang berterusan. Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita memikirkan ini walaupun ia agak sudah terlewat. Kata orang baik buat (mulakan) walaupun lewat daripada tidak berbuat langsung.
Bukan natural
Bagi saya ia bukan berlaku secara naturally tetapi ada yang mengatur dan menghendakinya. Ada dalang disebalik berlaku perbalahan itu yang kita tidak pernah cuba membongkar dan memahaminya. Maksudnya ada yang menjadikan Anwar dan Abdul Hadi seperti anjing dan babi yang perlu bergaduh sepanjang masa. Mereka jangan diberikan ruang untuk menjadi erat dan saling memahami di antara satu sama lain kerana itu akan menyulitkan kerja dan agenda tersembunyi mereka.
Orang yang mengatur atau menghendaki perseteruan itu berterusannya adalah mereka atau golongan mahu mengambil kesempatan daripadanya. Mereka tidak mahu melihat negara ini aman dan maju. Mereka atau golongan ini ada agenda besar dengan motif untuk mengkhianati negara, bangsa dan juga agama.
Fahami sejarah dunia
Sejarah penjajah dan kejahatan manusia atas muka bumi ini perlu dipelajari sebagai pengajaran dan pedoman masa depan. Penjajah atau kolonisme baik atas perdagangan, ekonomi, keselamatan (tentera) atau perluasan empayar, pengembangan (agama) tidak pernah berhenti. Para pemainnya tidak pernah tidur walaupun kerja mereka berjaya atau gagal. Mereka terus bekerja. Bukankah manusia itu dikenderai nafsu sarakah?
Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun di Asia Tengara. Selepas tamat perang dunia kedua (1939 – 1945) dan berakhirnya era penjajahan, (1957) negara-negara di Asia termasuk Malaysia mendapat kemerdekaan dan kedaulatan sendiri. Mereka mula mengatur dan menyusun bernegara sendiri. Secara perlahan-lahan mereka membangun dan kedaulatan mereka di terima dunia.
Sementara itu negara-negara koloniel seperti Unit Soviet, Eropah pula kekuasaan dan pengaruh mereka semakin mengecut. Dalam masa sama negara-negara di Asia, China, Jepun sedang melonjak maju. Situasi itu membimbangkan mereka. Bermula dari sini gerakan penjajahan baru dimulai oleh negara-negara kolonial yang dikuasai fahaman Sosialis, Komunis dan Yahudi itu.
Sebagai bangsa yang bijak, (sebenarnya jahat), mereka memiliki kekuatan meramal dan menganalisa apa yang akan berlaku pada masa depan.
Kekuatan China dan Jepun sudah dibaca oleh imperialis Yahudi. Maka mereka perlu berbuat sesuatu lebih awal bagi menyelamatkan kedudukan dan menjaga maruah mereka. Beberapa dekad selepas perang dunia mereka mula mengatur semula strategi mereka – gerakan penaklukan secara lebih bersistematik dan kontemporari, baik melalui ekonomi, pendidikan, budaya, sukan dan juga politik.
Dan kekuatan politik adalah perkara pokok perlu dimusnahkan. Politik atau kekuasaan menjadi nyawa kepada sesebuah negara. Jadi ketua-ketua parti atau pemimpin perlu dipecah belah dan dicerai beraikan. Perpecahan itu pula mudah dilakukan dengan mencari perbezaan latar belakang, pendidikan, amalan agama, idelogi politik dari karismatik.
Nah, di sinilah Malaysia tidak terlepas daripada permainan kolonial atau Yahudi itu. Dengan menggunakan method atau teori itu mereka sudah melihat dua sosok pasca merdeka yang perlu diasingkan di Malaytsia, mereka adalah Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang. Mereka sudah mengira pada dekad-dekad 80an – 90an orang inilah yang akan menjadi pemimpin baru Malaysia dan pembela rakyat selepas berakhirnya oder lama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein Hussein dan Hussein Onn. Memasuki abad baru ke 21 salah seorang sosok ini akan menjadi pemimpin utama.
Bagi mereka Abdul Hadi dan Anwar, dua insan yang mengongsikan tahun kelahiran 1947 jangan disatukan. Persatuan mereka kena dileraikan jika tidak negara ini akan kekal dalam keamanan dan akan mendapat kejayaan lebih global di pasca merdeka. Umat Islam dan kehidupan masyarakat majmuk juga akan lebih utuh. Keutuhan ini menyulitkan mereka.
Maka mereka perlu mencari ikhtiar agar kedua orang ini jangan duduk bersama menukangi untuk membangun negara mereka. Mereka kena dipecahkan. Strategi divide and rule perlu dilakukan. Kebetulan pula kedua sosok ini ada modal dan aset penting untuk negara ini, dilihat daripada karismatik mereka ada keistimewaan tersendiri. Anwar seorang organisator Islam yang dilihat mesra dengan Barat, manakala Abdul Hadi pula seorang dai’ yang intim dengan Timur Tengah.
Perbezaan kiblat kehidupan dan kejayaan ini merupakan kesempatan dan peluang baik untuk merenggangkan mereka.
Dapat sorotan Asiaweek
Tidak boleh dinafikan kedua-duanya mempunyai kehebatan masing-masing. Anwar dikenali sebagai pelopor gerakan Islam di Malaysia dan ia terhimbau ke seluruh Asia Pasifik bahkan didunia, Timur dan Barat.
Demikian juga dengan Abdul Hadi. Keduanya terserlah. Masing-masing mendapat sorotan dan ulasan oleh Majalah berbahasa Inggeris, Asiaweek. Asiaweek pada tahun 1986 pernah menjadikan Hadi sebagai berita utama dengan tajuk; Will He One Day Lead Malaysia” dengan meletakkan gambar Hadi yang istimewa gantang, segak dan gagah dengan berbaju Melayu putih berserban dengan pandangan optimis jauh ke hadapan. Sesiapa melihat gambar itu akan tergiur kepada Hadi.
Majalah itu juga memberi ruang kepada Anwar dengan menggunakan judul: Anwar: Is Malaysia For The New No 2. Bayangan diberikan Asiaweek itu lebih hampir serentak dengan penyorotan terhadap Hadi.
Tanpa menuduh Asiaweek musuh kita, tetapi tidak boleh dinafikan ia diperalat majalah itu disponsor oleh Yahudi sengaja mahu melagakan Abdul Hadi dengan Anwar, atau memberi dua persepsi di kalangan rakyat Malaysia mengenai pemimpin masa depan mereka. Pemilihan Hadi atau meramalkan Abdul Hadi sebagai pemimpin masa depan Malaysia menjadi satu gurauan berita mencemaskan Anwar.
Walaupun Anwar tidak pernah menzahirkan kebimbangan bahkan yakin dengan kedudukannya ketika itu dalam parti berkuasa Umno, tetapi dunia di luar memperhitungkan Malaysia mempunyai bukan satu pilihan tetapi dua.
Abdul Hadi tentu juga syok dengan laporan itu. Dan orang Pas dan penceramahnya ketika itu sudah menjaja nama Abdul Hadi sebagai pemimpin masa depan yang mana posisi Hadi dan popularitinya lebih ke depan dengan Mohd Fadhil Mohd Noor ataupun Nik Abdul Aziz Nik Mat. Populariti Abdul Hadi turut sama menenggelamkan Mohd Asri Muda yang dilihat sebagai pemimpin Islam dan nasionalis.
Ertinya di sini pertarungan secara psikologi antara Abdul Hadi dengan Anwar bermula sejak tahun 80an lagi. Kehebatan dan aset yang ada kepada mereka inilah, memudahkan musuh-musuh bersama untuk memecahkan mereka. Pergerakan dan perancangan musuh dengan penuh strategik tidak disedari mereka.
Tidak tahu
Berbalik kepada apa yang saya musykilkan tadi, perseteruan dan perbalahan Abdul Hadi dan Anwar itu tidak disedari oleh kedua-dua mereka. Mereka tidak tahu kalau mereka khususnya Abdul Hadi diperalat oleh musuh. Kenapa saya berkata begitu, kerana Anwar lebih diplomasi dan bersikap toleransi dengan Hadi dalam keadaan apa sekali pun.
Hal ini boleh diperhatikan hari ini, Anwar tidak banyak menyerang Abdul Hadi dan bersikap tawaqquf kepada setiap singgungan dan tuduhan Abdul Hadi kepadanya. Saya percaya bagi Anwar pintu hatinya kepada Abdul Hadi tetap terbuka walaupun Abdul Hadi sudah mengunci kesekian lama pintu sukmanya.
Saya tidak mengharap apa-apa daripada penulisan khas yang membuka satu alur baharu dalam kita memahami perseteruan Abdul Hadi kepada Anwar ini. Cuma apa diharap semoga kita tidak mudah termakan dengan apa-apa jua umpan yang dihulurkan kepada kita, tetapi harus berhati-hati kerana di sebalik umpan itu ada biasanya ada jerat.
Mengenai tuduhan di frasa itu dan jika Abdul Hadi istiqamah dengan tuduhan itu kita berharap beliau akan mendedahkan segala bukti-buktinya. Dengan posisinya sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu beliau tentu mempunyai ruang dan skop lebih luas lagi untuk mempelajari ilmu politik serta mengenali musuh-musuh sebenar politik.
Dan jika kita terkhilaf jangan malu untuk memohon maaf kerana pintu taubat masih terbuka selagi mentari tidak naik di sebelah Barat, demikian maksud sebuah kata Hukama.
Katakanlah: “Wahai hamba-hambaku yang melampau batas terhadap dirimu sendiri, jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semua, sesungguhnya Dialah Maha Pengampun.” (az Zumar 54).
“Dan barang siapa berdosa atau menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun, nescaya dia akan mendapatkan pengampunan, Allah Maha Pengampun.” (an-Nissa 110).
Semoga sahaja kita diberi rahmat dan mendapat rahmat petunjuk dan hidayah dari Allah.
_____________________________________________________________________________
MSO adalah penulis terkenal tanah air dan pernah menerbitkan beberapa majalah serta tabloid. Artikel ini dipetik daripada blog beliau.