Presiden Pas Hj Hadi Awang mungkin berbangga dengan lantikan diplomat bertaraf menteri yang diterimanya, namun bagi penganalisis politik permulaan Hadi tidak baik sebagai seorang diplomat dan mungkin gagal dalam melaksanakan misinya.
Menurut mereka, satu kesilapan jika diplomat menyerang pembangkang Malaysia dan memainkan retorik politik, bukannya membina jambatan antara kerajaan dan negara asing.
Hadi menulis surat bertarikh 22 Mac, yang didakwa mengandungi kenyataan separuh benar, kepada negara di Timur Tengah dan kumpulan Islam utama yang mewajarkan peranan partinya dalam rampasan kuasa di Putrajaya pada 24 Februari.
Surat pelantikan Hadi sebagai duta khas bertaraf menteri ke Timur Tengah bertarikh 22 Mac. Putrajaya mengumumkan pelantikannya pada 3 April.
“Sebagai seorang diplomat, Hadi perlu membina hubungan baik antara Malaysia dan kerajaan asing
“Beliau perlu berhenti bercakap tentang politik tempatan dengan kerajaan asing. Beliau harus belajar mengetepikan politik dalam negara dan memberi tumpuan kepada pembinaan hubungan.
“Serangannya terhadap Anwar dan PH membahayakan imejnya sendiri kerana Anwar sangat terkenal di Timur Tengah. Ia tidak menjejaskan kedudukan PH kerana kerajaan asing berurusan dengan sesiapa yang memegang kuasa,” kata saintis politik Mazlan Ali dipetik The Malaysian Insight.
Menunutnya, tindakan Hadi mungkin hanya mendinginkan hubungan antara Timur Tengah dan Malaysia yang memang sejak berdekad lalu dikenali kerana peranan Tun Mahathir dan Anwar di peringkat antarabangsa.