Para doktor menyarankan erintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan rantaian virus Covid 19 berakhir sepenuhnya.
Menurut mereka PKP yang tamat pada 14 April tidak begitu berkesan dalam memutuskan rantaian tetapi membenarkan rakyat kembali menjalani hidup normal berkemungkinan membanyakkan lagi kes berbanding di bawah 150 sehari pada waktu ini.
Akademi Perubatan Malaysia berkata adalah lebih baik jika kerajaan melanjutkan tempoh PKP bagi mengelak jangkitan berlaku ketika rakyat pulang ke kampung beramai-ramai merayakan Aidilfitri.
“Penamatan sekatan PKP pada masa ini berpotensi untuk menyebabkan hasil yang baik berjaya dicapai sepanjang arahan duduk di rumah sepanjang empat minggu lalu, jadi hanya sia-sia.
“Perang terhadap Covid-19 lama lagi akan berakhir – banyak lagi pengorbanan akan terpaksa terus dibuat tahun ini,” kata akademi itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu penjarakan sosial dan sekatan pergerakan mula menjadi perkara rutin yang baharu pada masa ini.
“Tingkah laku bertanggungjawab dengan mematuhi langkah penjarakan sosial perlu dilakukan oleh semua orang hingga vaksin dapat dihasilkan.
“Bagi tahun ini sekurang-kurangnya, sama ada Ramadan, Aidilfitri atau Raya Haji sekalipun, perjumpaan sempena sambutan itu perlu ada kawalan, pemantauan dan kemungkinan semua larangan untuk semua perhimpunan,” kata akademi itu.