Terkeluar atau terpecatnya Allayarham Al Fadil Ustaz Hj Abu Bakar Hamzah (suami peguam syarie terkenal Qamar Ainiah)
daripada PAS adalah kerana wujudnya penentangan kepada kepimpinan Asri Muda yang sememangnya diketahui ramai ketika itu.
Adapun pemecatan Hasan Ali daripada PAS serta merta adalah kerana terangan melanggar perlembagaan parti dan kepentingan perjuangan Islam yang didokong oleh
PAS bersama Pakatan Rakyat.
Hasan Ali mengaku dalam temubual TV9 bahawa beliau seorang sekular bukan ULAMA yang bermaksud bahawa beliau bukan pakar dalam ilmu-ilmu Islam sekadar hanya
boleh membaca khutbah (itupun kerana dia seorang Exco agama) dan menjadi Imam sekali sekala yang boleh dipertikaian bacaannya namun banyak ahli tajwid
mendiamkannya.
Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah adalah lulusan agama dari Universiti Al Azhar, Mesir yang mempunyai kebolehan berdebat dalam hal ehwal agama Islam.
Beliau juga merupakan pemidato dan pembahas terbaik di parlimen bersama Allahyarham Ustaz Zulkifli Muhammad dan lain2 pimpinan PAS.
Beliau merujuk semula kepada PAS setelah ketiadaan Asri Muda kerana keluar PAS.
Maka untuk menyamakan samasekali antara kes pemecatan Hasan Ali dengan terkeluarnya Ustaz Abu Bakar Hamzah ianya tidak teppan at samasekali dan dangkal
jika dibuat perbandingannya seperti mana kenyataan Pemuda PAS baru2 ini.