Video aneh tular semalam, berupa sidang video antara Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bersama Presiden Umno Dr Zahid Hamidi. Dengan penuh semangat Adham memaklumkan usaha beliau (melawan Covid-19) mendapat pengiktirafan dunia.
Beliau turut mendakwa telah melakukan tele-conferencing dengan WHO dan 500 negara berkongsi kejayaan tersebut.
Namun netizen berasa aneh, apakah Dr Adham sedang berhalusinasi dalam sidang videonya kerana negara di dunia hanya ada 197 buah. Bagaimanakah beliau boleh bercakap dengan 500 negara dan pemimpinnya?
Seorang pengguna facebook menulis dengan marah :
“Dua2 kaki kelentong. Selamba je menteri ni kata ada 500 negara dalam dunia yg buat video conf dgn beliau. Zahid pun kelu tak mahu betulkan menteri yg memang dikenali sbg menteri air suam tu. Mungkin Zahid pun tak tahu kot. Haha…
Sesuailah. Dua2 kaki kelentong. Zahid pernah beritahu mahkamah, minta tangguh bicara kerana beliau ada perjumpaan di pejabat Putrajaya. Tiba2 kantoi, tiada perjumpaan. Tak sampai tiga bulan jadi kerajaan pintu belakang, dah mula nak kelentong sana…sini…sana…sini…”