Kredit: MSO
PPBM dan UMNO nampak bergaduh dan saling curigai mencurigai antara satu sama lain. Apa yang berlaku di Johor sangat jelas, kedua parti satu keturunan itu tidak belaga angin. PPBM Johor tidak senang dengan pembahagian kuasa oleh UMNO yang kini mengetahui kerajaan PN Johor.
PPBM dakwa, UMNO tidak sepatut layan mereka seperti itu memandangkan mereka banyak berkorban untuk Umno menubuhkan kerajaan sampai sedia serahkan jawatan MB kepada UMNO. Sebelum ini masa kerajaan PH, kedua-dua MBnya daripada PPBM. Alih-alih bila bersama UMNO, PPBM dicampak macam kain buruk.
Mengenag pergaduhan kedua parti sama-sama DNA ini saya teringat kepada budaya ikan keli atau nama saintifiknya Clarias Batrachus).. Ikan keli walaupun sama sendiri saling pangkah memangkah. Biarpun duduk dalam satu kolam, tetapi mereka saling pangkah malahan sanggup memakan sesama sendiri jika perlu.
Biasanya ikan keli yang memakan ikan keli itu bila makanan tidak kecukupan. Bukan soal air. Ikan keli tidak peduli air kotor atau bersih mereka boleh hidup kerana habitat mereka asalnya begitu, kotor. Bagi mereka makanan untuk survive itu penting. Apabila makan tidak cukup, mulalah mereka membahan sesama sendiri. Mulanya kerit mengerit lepas tu tebuk perut.
Apakah kolam keli di Johor itu tidak kecukupan makanan, dedak? Atau pun dedak sudah ada tetapi kerana pengagihan tidak sekata, maka terdengarlah apa yang kita dengar kini?
PPBM dan UMNO ini saya lihat sama seperti ikan keli yang sanggup mengkhianati sesama sendiri yang berakhir kedua-duanya akan mati kelaparan dan melampung dalam kolam. Trims.