Kerajaan Perikatan Nasional didesak menarik balik idea sidang parlimen sehari pada 18 Mei ini.
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang yang terlalu singkat tanpa sesi soal-jawab dan perbahasan itu tidak memenuhi tujuan dan tuntutan sesi parlimen dilaksanakan di dalam sistem demokrasi.
Katanya, cadangan beliau agar sesi dilanjutkan lebih daripada sehari telah diutarakan kepada perdana menteri Tan Sri Muhyididn Yassin semasa pertemuan mereka baru-baru ini.
“Saya nyatakan sendiri kepada Tan Sri Muhyiddin bahawa kita tidak bersetuju untuk menedekkan sidang. Sidang ini hanya untuk mendengar titah DiRaja kemudian ditangguhkan.
“(Perlaksanaan) ini ada implikasi undang-undang dan Perlembagaan. Saya sebelum ini minta sidang khas bicara Covid 19.
“Tentu ada alasan tersembunyi mengapa kerajaan PN ini tidak berani mengadakan sidang. Sama ada mereka tidak mempunyai jumlah (kerusi) yang cukup atau pun mereka tidak ada jawapan. Saya beri contoh, Covid 19 pakej ransangan RM250 bilion. kalau kita perincikan, ternyata yang dimaksudkan RM25 bilion. Yang lain itu wang daripada eko-sistem, wang daripada bank, Perkeso, KWSP, Jadi ini mereka tidak mahu rakyat tahu,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut Anwar lagi, perbahasan juga boleh menjernihkan tuduhan penyokong PN kononnya kerajan Pakatan harapan sebelum ini menyorok wang dan memberitahu hutang negara banyak. Sedangkan kerakaan PN mampu membelanjakan RM250 bilion.
“Kalau kita bentang di Parlimen, dibahaskan, tidak boleh sorok, akaun ada. Boleh tanya di mana kerajaan (PH) sorok yang dulu. Yang dulu pun memang terhutang dan sekarang hutang bertambah.
“Jadi maknanya apa yang berlaku wang yang diperoleh itu daripada hutang tambahan yang mencecah lebih RM1 trilion,” katanya lagi.
Anwar mencadangkan agar sidang dilakiukan sekurang-kurangnya dua hari selepas sehari pembukaan agar lebih banyak soal-jawab boleh dilakukan bagi memastikan ketelusan perubtukan pakej ransangan menghadapi Covid 19.