Ipohmali
Walaupun aku bersetuju Ekonomi Negara kita dibuka,Terutama melibatkan kelompok PKS dan Peniaga kecil.. Tapi aku tak bersetuju ianya dilakukan secara tergesa gesa pada 4 Mei ini.. Nampak seperti Muhyidin cukup terdesak untuk kembali pulihkan Ekonomi..
Sepatutnya Ekonomi sudah mula dibuka seminggu atau 2 minggu yang lepas secara bertahap..Bukan serentak.. dalam hal melibatkan PKS, IKS.. ada pelbagai segmen Perniagaan.. Perubahan perlu dilakukan secara beransur ansur..
Sebagai contoh Restoran..Sepatutnya mulakan dengan melanjutkan waktu operasi dahulu.. dari dari 8 ke 10 malam… Beri ruang pembelian melalui khidmat Penghantaran dulu seminggu, barulah ruang dibuka untuk makan dikedai..
Aku pelik dengan Syarat makan satu meja 4 orang.. Rasanya selama ini biasa aku makan memang satu meja 4 orang..Sepatutnya mulakan satu meja 1 orang dulu dalam seminggu.. Kalau ada teman, ada 4 orang..tu dah jadi tempat melepak.. dari Makan 4 orang, baik benarkan Solat fardhu berjamaah 4 orang..
Semua sektor ini sepatutnya dibuka dengan panduan yang jelas, Sebagai contoh..mulakan dulu segmen F&B di pasar raya..mulakan dulu di Outlet seperti Chicken rice shop..Secret..nandos, dan Francais yg lain supaya mudah ianya dikawal dan dijadikan contoh kepada kedai makan yang lain..
Begitu juga Pasaraya..melibatkan Retailer.. Kedai bakery.. Kedai berkaitan makanan, Roti dibenarkan dulu..begitu juga Foodcourt Pasaraya.. dan dikuti segmen2 tertentu melibatkan Runcit..Buka Outlet dan Kedai bertahap…
Perkhidmatan yang tidak punya tenaga kerja yang tinggi ..seperti Syarikat Printing…Servis Komputer dan Aksesori dibenarkan buka.. sebab ini tak melibatkan crowd yang ramai..Bukan semua orang ada keperluan ini..Begitu juga farmasi..Bila outlet outlet ini tunjukkan contoh yang baik..Baru lah retailer.. Peniaga lain boleh jadikan depa ni sebagai contoh..
Ini pelik..Nampak Menteri ekonomi..PM dah seperti gelabah.. Bila orang suruh buka lebih awal..Dilakukan secara bertahap..masih ada ruang dari 4 sehingga 12 mei…. tiba tiba umum 1 Mei kononnya nak seronokkan majikan dan pekerja..Buka pulak serentak pada 4 mei….
ni lah masalahnya kerajaan tebuk atap.. depa ni tak faham apa sebenarnya..cuma kalut ekonomi dah teruk.. 🙂