KEMENANGAN PILIHANRAYA BANYAK DITENTUKAN OLEH PENGUNDI TIDAK BERPARTI (ATAS PAGAR) DAN PENGUNDI WANITA (SURI RUMAH,JANDA) JUGA PENGUNDI BELOT/BERPALING TADAH.
Kewajaran Pakatan Rakyat mahu menang sehingga menguasai Putrajaya ialah atas harapan bahawa pengundi yang mengundi PR pada 2008 lalu terus memberikan undinya dan pengundi BN megalihkan undi mereka kepada PR begitu juga pengundi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti atau istilah popular atas pagar memberikan undi mereka kepada PR.
Barisan Nasional pula melalui parti-parti kompenan masing-masing berharap pegundi tegar mereka kembali semula mengundi Bn dan sekaligus berharap mana-mana kerusi yang mereka kalah pada 2008 lalu kembali semula ke pangkuan BN.
Hakikatnya dipihak Pakatan Rakyat mereka sebenarnya tidak mempunyai ahli yang ramai di semua peringkat samada kawasan, bahagian, cawangan, ranting atau cabang. Perbandingan yang boleh dibuat dengan matematik yang mudah ialah jika di satu Dun atau parlimen itu mempunyai 10 000 pengundi berdaftar maka nisbah ahli parti lebih kurang 60-30-10. Iaitu 60 bersamaan 30 Bn, 20-PAS, 10 PKR atau DAP. Manakala 30 pula ialah pengundi atas pagar bukan ahli mana-mana parti dan 10 pula gagal dikesan atau dikenalpasti status mereka samada berpindah atau hilang atau ‘pengundi hantu’.
Maka faktor sebenar ialah pengundi atas pagar yang menentukan majoriti yang bakal diperolehi mana-mana calon jika ingin memenangi pilihanraya yang disertai.
Pakatan Rakyat yang sedang mendendangkan lagu kemenangan sehingga menjangkau ke Putrajaya adalah di atas persepsi semasa dimana mereka sedang melihat sambutan yang begitu hangat dan luarbiasa oleh rakyat dimana sahaja mereka membuat program ceramah dan sabagainya.
Jika dihitung jumlah ahli atau ramai atau sedikitnya mereka yang mendaftar sebagai ahli parti dalam PR maka hakikatnya lebih sedikit berbanding dengan BN. Dalam kata lain Pakatan Rakyat sedang disokong oleh orang awam dari semua peringkat dan Bn pula sedang dicemuh oleh orang awam juga kerana terbongkarnya banyak kesalahan dan kesilapan dalam mereka mentadbir negara ini.
Sebaliknya kekuatan parti seperti PAS dinegeri Kelantan dan Terengganu adalah berlainan samasekali dengan negeri-negeri sebelah barat. Ini berlaku kerana kekuatan PAS di sana adalah banyak dimainkan dengan kefahaman agama Islam yang menjadi tunjang sokongan rakyat kepada PAS di sana.
Cara pengemblengan tenaga dan harta benda oleh ahli parti berkenaan amat luarbiasa sehingga mereka boleh bertahan sebegitu lama memerintah negeri.
Begitu juga mereka di sana mempunyai data dan maklumat yang amat lengkap bahkan lebih lengkap dari komputer berkenaan dengan pengundi dan pilihanraya. Maka setiap kali mereka menghadapi pilihanraya mereka sentiasa bersedia dan boleh mengagak menang atau kalah yang akan mereka perolehi.
Ini kerana ketepatan dan kejayaan ‘ilmu pilihanraya ‘ yang mereka miliki sejak bergenerasi amat membantu mereka menghadapi parti lawan dengan bijaksana dan penuh strategis.
Namun kejayaan Pakatan Rakyat terutama di Perak dan selangor atau negeri sembilan ialah lantaran kerana beralihnya undi kaum Cina dan sebahagian undi kaum India dari Bn kepada PR. Faktor berkenaan menyebabkan BN hilang kuasa di kedah, penang, selangor dan perak (berlaku Adun berpaling tadah maka Bn ambilalih semula).
Maka kali ini BN benar-benar menginginkan agar undi yang terlepas daripada mereka dulu kembali semula dan membolehkan mereka merampas negeri yang hilang pada 2008 dulu.
Di pihak Pakatan Rakyat pula mereka berhempas pulas untuk mengekalkan sokongan yang luar biasa pada 2008 lalu yang digelar sebagai TSUNAMI. Di tambah dengan cita-cita untuk merampas Putrajaya kerana mereka berjaya mentadbir negeri dalam gengaman mereka sejak 2008 itu akan dijadikan sebagai sandaran kepada meraih kepercayaan rakyat atau pengundi supaya berubah dari BN kepada PR pada PRU 13 nanti.