Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau diangkat sebagai calon Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat oleh Majlis Pakatan Harapan (PH) .
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata namanya dimaklumkan kepada speaker Dewan Rakyat dan juga kepada ahli Parlimen pembangkang.
“Saya ingat Setiausaha PH Saifuddin Nasution telah pun maklumkan kepada speaker, keputusan Majlis Presiden PH, yang juga sudah dimaklumkan kepada semua (ahli Parlimen) Bersatu yang berpihak kepada pembangkang. Warisan juga sudah dimaklumkan.
“(Keputusannya) Anwar disebut sebagai ketua pembangkang yang baharu, sekali lagi,” katanya menjawab soalan daripada netizen secara langsung beliau di Facebook, hari ini.
Ketua Umum PH itu sebelum ini pernah mengetuai blok pembangkang di Dewan Rakyat sebanyak dua kali selepas pilihan raya umum 2008 dan 2013.