Kredit: MSO
Cadangan untuk dibawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir di parlimen yang dibawa oleh ahli Parlimen Semporna Mohd Shafei Afdal saya kira ia tidak ada dalam pengetahuan ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim.
Mungkin usul berkenaan tidak pun dibawa ke pengetahuan Anwar secara rasmi, kerana ahli Parlimen Semporna tidak berada dalam Pakatan Harapan. Warisan bukan anggota gabungan PH.
Sementelah pula Anwar sudah mengakui yang beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang disepakati PH, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan usul berkenaan. Ertinya pertemuannya dengan Muhyiddin baru-baru ini masih valid.
Disini boleh disimpulkan usaha dilakukan Shafei itu diluar pengetahuan PH, jadi sekiranya ada usaha hendak mengaitkan dengan Anwar atau PH ia tidak relevan. Itu saya saya nampak setakat ini. Wallahu’alam.