Ulya Aqamah Husamudin
ULASAN: Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan BERSATU pusat, YB Radzi Jiddin mengenai menghormati pendirian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan supaya ahli lebih faham dan maklum.
MPT BERSATU TIDAK PERNAH bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO atau Perikatan Nasional. Tiada langsung satu keputusan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang telah bersetuju untuk berkerjasama dengan UMNO-PAS. Maka keputusan bekerjasama dengan Perikatan Nasional tidak adil dijustifikasikan sebagai keputusan MPT.
Keputusan keluar Pakatan Harapan yang dibincangkan dalam mesyuarat MPT ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, ini kerana ketetapan MPT adalah untuk memberi masa kepada Tun Pengerusi dan serahkan kepada keputusan kepada beliau.
Sehingga hari ini, MPT masih belum menetapkan apa-apa hubungan politik secara formal.Oleh kerana tiada gabungan politik yang dipersetujui oleh MPT, tidak salah untuk model kerajaan negeri Kedah diguna pakai. PH + BERSATU.
MPT juga hanya bersetuju bahawa calon Perdana Menteri dari BERSATU adalah YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Justeru itu, apabila Ahli Parlimen Bersatu yang lain mengantar nama kedua, tindakan itu telah melanggar ketetapan MPT. Penting untuk maklum MPT tidak pernah mengubah pendirian ini.
Kenyataan dari Pihak Penerangan Parti sepatutnya lebih telus dalam menyampaikan maklumat kepada ahli. Akibat maklumat yang disembunyikan inilah ahli dan parti berada dalam kecelaruan.
Tegakkan kebenaran, sebarkan penerangan.
_______________________________________________________________________________
Penulis adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia