Menarik analisa pegawai Khas Hal Ehwal Parlimen Anwar Ibrahim, Malek Hussein berkenaan apa yang akan berlaku dalam sidang parlimen 18 Mei kelak. Menurutnya ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku bagi mengelakkan Muhyiddin Yassin berdepan dengan undi tidak percaya atau kerajaan cutokrasi akan hilang.
Ada dua kemungkinan besar bila dipadankan dengan sidang hanya sanggup dan berani diadakan sehari sahaja itu.
1. Kerajaan tidak membenarkan Usul Titah Diraja dibahaskan langsung dalam sidang Mesyuarat Pertama pada 18 Mei, sebaliknya ditangguhkan kepada sidang Penggal Kedua pada bulan Julai.
2. Kerajaan akan hanya membenarkan Usul Titah Diraja dibahaskan oleh dua Ahli Parlimen sahaja, iaitu pencadang (penyokong Kerajaan) dan Ketua Pembangkang. Kemudian sidang ditangguhkan untuk menyambung perbahasan Titah Diraja pada bulan Julai.
Dua kemungkinan itu mungkin dilakukan menurut Malek untuk kerajaan mengelakkan akauntabiliti kepada parlimen.
Sekiranya ini berlaku nanti maka benarlah senikal dibuat Anwar jika dewan bersidang sehari ia adalah persidangan burung. Sebenar burung pun mengambil masa seminggu untuk menyiapkan sarang untuk bertelor, jadi kerajaan Muhyiddin lebih rendah nilai kerjanya daripada burung. Trims.