Kredit: MSO
Dua subjek sensitif bagi orang Melayu dalam politik di mana jika ia tidak disentuh atau diberi keutamaan parti itu tidak akan mendapat sokongan diharapkan. Pertama ialah soal bangsa dan kedua ialah soal agama.
Parti yang menjadikan bangsa dan agama sebagai ideologi akan mendapat sokongan Melayu dan juga mereka beragama Islam hampir 90 peratus. Sokongan mereka membuta tuli apakah bangsa dan agama yang diperjuangkan itu benar atau batil. Mereka tidak akan memeriksa subjek itu walaupun ia hanya sekadar dijadikan idealogi. Itu sikap Melayu.
Apa maksud idealogi? Dalam konteks ini ia sesuatu yang difikirkan dapat menawan hati orang, mempengaruhi hati orang untuk mencapai sesuatu maksud yang difikirkan itu. Sekali lagi di sini yang difikir ialah bagi mendapatkan kuasa. Idealogi bukan sesuatu yang hakiki tetapi ia adalah modal atau perwarna untuk menarik perhatian. Ideologi bukan iktikad atau akidah.
Sebab itu saya tegaskan perjuangan sebenar baik untuk bangsa dan agama bukan melalui luruh politik secara mutlak. Kedudukan dua subjek itu juga universal ia juga boleh diperjuangkan oleh parti-parti lain, dan bukan hanya parti yang mencatatkan bangsa dan agama sebagai ideologi dalam perlembagaan. Lebih sedih lagi bila bermain politik bukan berasaskan ideologi tetapi melihat dan mengukur apa yang diperolehi secara mudah pada jangka pendek.
Politik begitu adalah politik kais pagi makan pagi kais petang makan petang.