WFAUZDIN NS
Sampai tahap situ Najib kleptokrasi ini perasan. Beliau perasan, bila beliau melakukan sumpah laknat, maka selepas itu kerajaan PH tumbang angkara khianat. Konon2nya nak beritahu beliau tidak bersalah dalam rompakan terbesar skandal 1MDB.
Wahai Najib, kamu lupakah bahawa kamu juga pernah bersumpah di Permatang Pauh dahulu bahawa kamu tidak mengenali Altantuya? Selepas sumpah itu Kerusi Permatang Pauh dimenangi oleh Keadilan. Kamu bersumpah lagi sebelum PRU14 bahawa kamu tidak terlibat di dalam skandal 1MDB dan tidak kenal Jho Low. Betul kah kamu tidak kenal Jho Low yang pernah datang bertemu kamu? Dan, selepas sumpah itu kerajaan kamu tumbang. Kamu lupakah itu?
Kamu bersumpah, kerajaan kamu tumbang secara demokratik apabila rakyat menolak parti kamu, bukannya kerajaan kamu tumbang kerana khianat seperti apa yang berlaku sekarang. Jauh bezanya kerajaan yg kami menangi secara demokratik dan bermaruah hasil mandat rakyat berbanding naiknya kerajaan sekarang hasil dari perbuatan jijik pengkhianatan yang seluruh dunia tidak akan terimanya sebagai kerajaan bermaruah.
Jadi, tidak usahlah mahu kaitkan dengan sumpah budak2 yang kamu lakukan itu. Kerana sumpah itulah kamu terhina sekarang. Satu dunia kenal siapa raja kleptokrasi. Rakyat masih ingat beberapa hari kerajaan PH berkuasa, rumah kamu digeledah dan rakyat terkejut apa yang memenuhi trak-trak yang mengangkut barang2 dari rumah kamu. Jutaan ringgit tunai ditemui beserta barang2 kemas, beg2 mahal dan jam tangan berjenama dikumpulkan seperti barangan jualan banyaknya. Keaiban kamu terdedah angkara sumpah kamu. Lupakah kamu ?
Hingga hari ini kamu masih bergelut dengan berbagai kes di mahkamah. Tidak pelik jika kamu sekarang memuji memuja Muhyidin yang kamu campakkan dari Umno dulu kerana kamu berasa ‘nyawa’ kamu ditangannya. Semoga kamu berjaya membodeknya.