Kredit: FB Zuliman Nasution
Semalam kawan share dalam grup WhatsApp, katanya ada cerita mesyuarat PH. Dua jam pulak tu. Lepas dengar, saya keliru. So saya dengar kali kedua, lebih keliru.
1. Saya dengar suara Azmin Ali. Katanya, “Parti politik tak boleh pilih Perdana Menteri. Tapi saya sokong Tun ke akhir penggal.”
2. Saya juga dengar suara kawan dia Zuraida. Dia pula kata, “Saya sokong Tun ke akhir hayat” Wallahu a’lam.
3. Tan Sri Muhyiddin pun risau, tapi katanya, “Saya sokong Tun, beri mandat penuh pada Tun”.
4. Dalam mesyuarat itu, dengar juga suara Lew Chin Tong, Govind Sing, Saifuddin Nasution dan lain yang sokong pimpinan Tun Mahathir sepenuhnya diikuti peralihan kepada Anwar Ibrahim.
5. Malah, Anwar Ibrahim pun sokong Tun dan setuju untuk berikan masa secukupnya kepada Tun untuk mentadbir negara tanpa menuntut apa-apa had masa peralihan.
6. Jadi semua sokong Tun. Masing2 ada cara dia hujah nak sokong poin masing2.
7. Ada yang tersinggung sebab ditegur dok main belakang dengan Umno-Pas.
8. Yang tersinggung ini juga penyokong paling besar Tun dalam mesyuarat itu. Dia tidak lain dan tidak bukan Azmin Ali. Malah, dia dok pertahan Umno-Pas kata puak Penyangak itu tidak bersalah.
9. Siap bawa buku Perlembagaan Persekutuan untuk backup Tun. Aku tak sedar bila dia jadi peguam.
10. Lepas dengar pandangan semua, Tun cadang supaya ada konsensus berkenaan isu peralihan kuasa.
11. Maka semua pimpinan PH bersetuju beri mandat penuh kepada Tun untuk tentukan masa paling tepat bagi peralihan ini.
12. Namun, seorang je yang tidak setuju dengan konsensus itu. Nama dia juga Azmin Ali. Saya keliru.
13. Bila mesyuarat tamat, Tun adakan sidang media. Tetapi, Azmin Ali tidak hadir. Dimaklumkan dia ke hotel.
14. Saya tertanya, “Mengapa Azmin Ali tiada? Ke mana dia? Adakah benar dia menyokong Tun? Adakah dia nak mengkhianat?”
15. Kemudian, dikhabarkan beliau ke hotel itu untuk mula rancang Pengkhianatan Terbesar Negara dan jatuhkan Tun yang dipilih oleh rakyat.
16. Bila saya fikir semula, sebenarnya Azmin Ali ini tidak pernah menyukai Tun. Ingat tak pada 7 Januari 2018, ketika Tun dinamakan sebagai calon PM, Azmin boikot majlis tersebut. Waktu itu Pengkhianatan dah mula.
17. Malah, dia juga mengutuk Tun.
18. Dalam mesyuarat, guna Perlembagaan sokong Tun.
19. Di hotel, buat makan besar-besar komplot dengan Umno-Pas jatuhkan Tun.
20. Di hadapan Tun M, Azmin puji Tun dan pertahan Tun, tetapi sebenarnya beliau dari dulu lagi sentiasa merancang untuk mengkhianati Tun.
21. Jelas, beliau hanya bercita-cita untuk mendapatkan kuasa dan bukannya setia kepada sesiapa.
22. Pandangan saya, Azmin Ali pengkhianat terbesar yang paling saya kenali.
23. Kepada Tan Sri Muhyiddin, adakah Tan Sri akan menjadi mangsa pengkhianatan seterusnya selepas Tun? Adakah kita sedia terima pengkhianat ini sebagai Perdana Menteri kelak?
Wallahu a’lam
Terima kasih lah kepada yang membocorkan audio rakaman mesyuarat ini. Akhirnya, aku tahu kebenaran.
– Ahli Pergerak Komuniti Negara yang ditipu oleh Pengkhianat