Kredit: MSO
Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan penglibatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion) yang mengaitjan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz.
Kes anak tiri Najib itu dibebaskan dengan bersyarat.
Kata Muhyiddin dia tidak terlibat dan campur tangan dalam kes tersebut. Setelah kita mengenali watak dan perwatakan Muhyiddin disebalik episod kudeta kerajaan PH tempoh hari, bolehkah kita menyakini penafiannya itu? Muhyiddin hari ini sudah jauh berubah dan berbeza.
Bagi saya kenyataan Muhyiddin itu adalah kenyataan standard bagi seorang perdana menteri di mana mana negeri di dunia ini apabila berhadapan kes kes yang boleh mencalar maruah dan integriti negara.
Sekiranya benar Muhyiddin tidak campur tangan, dan beliau juga tidak setuju dengan tindakan itu yang dianggap pelek, kenapa beliau tidak membuat arahan agar keputusan itu dikaji semula. Rasanya sebagai seorang perdana menteri, beliau memiliki ruang tersendiri untuk memperbaiki sesuatu yang memberi kesan buruk atau terhadap apa apa yang boleh menjadi bahan lawak buat negara.