Dengan bongkaknya bekas bendahari Perkasa mendakwa mempunyai satu lagi video seks membabitkan Anwar Ibrahim. Kononnya kali ini video itu dirakamkan di Thailand.
Tidak seperti video pertama yang dirakam di Kuala Lumpur dan Anwar mempunyai alibi beliau berada di rumah. Jam, minit dan saat video itu dirakamkan beliau sedang mengemaskini laman twitter serta facebooknya, kali ini dikatakan Anwar benar-benar berada di Thailand berdasarkan bukti passport.
Pada telahan pertama, rakyat yang cerdik pasti mengetahui video kali ini sama palsunya dengan video yang terdahulu. Masakan boleh membuktikan Anwar bersama pelacur hanya dengan cop imigresen pada passport. Banyak lagi perkara perlu dibuktikan selain kehadiran beliau di Thailand.
Dalam video I Anwar telah membuat laporan polis agar diambil tindakan ke atas para penyebar fitnah tersebut. Apabila polis mengesahkan video berkenaan tulen maka sebaliknya Anwar disiasat kerana membuat laporan palsu. Namun mengapakah sehingga hari ini kes laporan palsu itu tidak diselesaikan oleh polis? Jawapannya seperti berikut:
Saiz zakar tidak realistik
Video seks bergantung kepada perkara utama, iaitu alat kelamin lelaki dan perempuan. Dalam video seks I malangnya pelakon yang dicari tidak menggambarkan alat kelamin orang Asia.
Tontonan kepada wartawan dan kemudian video pendek yang tersebar di beberapa website memperlihatkan saiz zakar yang ‘luar biasa’ bagi orang Melayu. Hanya Melayu berdarah campuran sahaja yang memiliki saiz sebegitu besar.
Dalam website ranking saiz zakar sedunia, zakar penduduk Malaysia dikategorikan sebagai kecil. Zakar yang besar diungguli oleh rakyat Republik Demokratik Congo dalam lingkungan 7.1 inci (ketika ereksi). Negara-negara Barat diletakkan dalam julat 6 -7 inci.Sementara negara-negara Asia dalam kedudukan terbawah dengan saiz sekitar 5 inci.
Panjang zakar pelakon video seks I dalam keadaan biasa (tidak tegang) dianggarkan kira-kira 5 inci. Saiz ketika tegang dianggarkan melebihi 7 inci. Tentunya ini bukan saiz orang Melayu. Pasti pelakon itu diimport dari luar dan disolek menyerupai wajah Anwar.
Mengapakah Anwar tidak didakwa? Tentu sekali polis tidak bodoh kerana rekod pemeriksaan ke atas alat kelamin beliau (kes liwat) terdapat di Hospital Kuala Lumpur. Mereka tahu saiz sebenar tidak sepadan dengan apa yang dipapar di dalam video seks itu.
Produser video seks II perlulah mencari pelakon lain yang ‘lebih Asia’ untuk melakukan aksi jika tidak mahu penonton menggeleng kepala sekali lagi
Filem hitam putih
Antara sebab mengapa fitnah video seks I tidak berjaya menarik perhatian penonton adalah kerana kualiti rakaman yang tidak memuaskan. Malah CD yang diberi percuma pun tidak ramai yang mahu menontonnya. Malah orang ramai sanggup membayar mahal DVD lucah yang dijual di kaki lima kerana kualiti gambarnya lebih cantik.
Seharusnya tidak berlaku kualiti gambar hitam putih dalam video II. Satu rakaman CCTV Anwar di sebuah bangunan pada tahun lalu dan dipaparkan dalam slot berita jam 8 di beberapa stesen tv dibuat dalam warna. Masakan alat perakam digital yang lebih canggih lensanya daripada CCTV dalam mode hitam putih. Sedangkan untuk merakam dalam hitam putih memerlukan adjustment yang menyusahkan serta tidak dilakukan untuk tujuan rakaman biasa melainkan untuk tujuan fotografi atau pembuatan clip video tertentu.
Masalahanya, jika dibuat dalam warna maka akan jelas kelihatan warna kulit Anwar, uban di kepala, kedutan di muka dan tanda-tanda badan lain yang boleh dibezakan oleh penonton. Jadi, produser video II ini perlulah berhati-hati menyolek pelakon ke tahap yang terbaik dan gunakan mode warna agar tidak dipertikaikan.
Doktor sahkan Anwar sakit pinggang.
Hujah yang tidak mampu disangkal ialah laporan perubatan. Laporan ditulis oleh doktor pakar. Dalam keterangan di Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful, doktor Thomas Hoogland yang merawat tulang belakang Anwar mengakui pesakitnya itu mengalami kerosakan saraf dan athritis. Beliau mengesahkan Anwar sukar untuk membuat pergerakan pada pinggang. Sedangkan dalam keterangannya Saiful mendakwa Anwar meliwatnya dengan ‘rakus’.
Produser video seks I mengambil gambaran dari keterangan Saiful ketika mengarahkan filem tersebut. Hasilnya pelakon lelaki benar-benar buas. Aksinya tidak banyak beza dengan aksi pelakon pornografi Barat. Melakukan persetubuhan dengan pelbagai gaya menindih, mencangkung, mengiring dan perempuan di atas lelaki.
Dalam video II ini produser perlu lebih berhati-hati dengan mengambil pandangan Dr Hoogland. Pelakon lelaki perlu melakukan seks dalam posisi menindih di atas pasangan sahaja dan henjutan dalam gerakan yang amat perlahan, 2 kali henjutan untuk tempoh 10 minit. Perlakuan yang lebih rakus akan merosakkan kredibiliti filem ini.
Balingan tisu
Beberapa website pro-Pakatan Rakyat mendedahkan terdapat balingan tisu yang telah digunakan di dalam video seks I. Balingan tidak dilakukan oleh kedua-dua pelakon. Berkemungkinan terdapat jin di bilik hotel tersebut yang turut berkongsi kenikmatan menonton aksi hubungan intim
Oleh itu tisu diguna untuk mengelap lendir para jin yang terkeluar kerana terlampau sedap menonton. Kerana itu, produser video II perlulah memastikan jin yang menjadi jurukamera memakai lampin pakai buang agar tidak berlaku insiden terpancut lendir dan balingan tisu sekali lagi.
Di atas alasan-alasan itu, bolehlah dijangka sebab pihak polis tidak meneruskan siasatan dan pihak Peguam Negara tidak mahu mengambil tindakan ke atas Anwar. Kes tersebut jika di bawa ke mahkamah tentulah akan menjadi babak gelak ketawa besar-besaran.
Rakyat Malaysia masih belum kering gusi mendengar keterangan Saiful makan karipap dan minum kopi O selepas diliwat, kemudian muncul pula perbicaraan yang lebih melucukan.
Video I dikeluarkan untuk menggugat peluang Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Sarawak. Mungkinkah pilihanraya umum akan berlangsung beberapa hari lagi apabila muncul video II ini?
Perkara yang pasti, rakyat mahu menunggu detik pilihanraya ke 13 bagi menumbangkan BN. Selepas itu barulag rakyat boleh mengetahui siapa sebenarnya yang melakonkan watak Anwar dalam video seks I & II.