Rakaman suara individu mirip Tun Mahathir yang didedahkan sehari lalu seolah-olah memperlihatkan beliau bersetuju untuk meninggalkan Pakatan Harapan didedahkan telah disunting.
Rakaman yang didakwa mengkritik Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP dalam satu mesyuarat Bersatu sejurus sebelum kerajaan PH tumbang pada Februari lalu, dikatakan sengaja disunting bagi membangkitkan kemarahan penyokong pembangkang.
“Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi),” katanya
Menurutnya, beliau setia kepada rakan-rakan dalam PH yang bersama ketika pilihan raya umum pada Mei 2018.
“Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai perdana menteri Perikatan Nasional.
“Saya tolak. Susah dan senang, kita bersama.”
Peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri pada 24 Feb lalu menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan PPBM meninggalkan gabungan itu.
Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin kemudiannya menubuhkan kerajaan PN dengan sokongan Barisan Nasional, PAS dan GPS.