AHMAD SYAUQI AL ABRAR BIN SAIFUDDIN
PAS dan UMNO senada mendesak TSMY agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera setelah tidak keruan terkesan melihat angka-angka yang dimainkan oleh rakan-rakan PH.
Mereka yang semua sedia maklum bergabung atas kesepakatan politik dengan jenama Muafakat Nasional kelihatan agak bersedia ke arah Snap election. Dari segi pembahagian kerusi, ada kemungkinan bagi dua parti ini telah capai kata sepakat atau mungkin dapat diselesaikan secara baik.
Akan tetapi, yang bakal menjadi kambing hitam atau kupang tembaga adalah PPBM di bawah pimpinan TSMY sendiri serta sebahagian ex-PKR yang berada dalam Perikatan Nasional sekarang ini.
Ini memungkinkan pertembungan 3 penjuru atau lebih, yang mana mereka selain MN terpaksa bergelut untuk berebut tempat samada di peringkat Parlimen mahu pun DUN.
Jika ini berlaku, maka yang bakal menerima kesan yang parah adalah parti pimpinan Perdana Menteri itu sendiri serta sebahagian daripada ex-PKR.
Ini sesuatu yang membimbangkan PPBM terutama di peringkat akar umbi yang mana berkemungkinan mereka bakal dianaktirikan oleh pimpinan mereka sendiri kerana parti Bersatu dijadikan taruhan sebagai perjudian merebut kuasa sebilangan pimpinan yang kemarukkan kuasa.
Secara bacaan kasarnya, mereka (PPBM) berkemungkinan besar hanya akan memenangi satu dua kerusi sahaja atau mungkin tiada satu pun kerusi yang memihak kepada PPBM, sementelah kemarahan akar umbi dengan pemecatan terburu-buru Tun M dan 4 lagi MP PPBM hari ini.
Ini sesuatu yang meresahkan Muhyidin kerana beliau bakal dicemuh oleh ahli parti sendiri sekiranya PPBM gagal mendapat tempat dalam Parlimen, sekaligus menjadi penggali liang lahad untuk parti pimpinan beliau sendiri sekiranya PPBM berkubur selepas PRU-15…
Dilema Muhyidin juga tidak terhenti di situ, kerana beliau selaku PM-8 sekarang ini perlu memikirkan keadaan semasa negara yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan pendamik COVID-19 serta keadaan kewangan negara yang agak merosot kesan daripada situasi COVID-19 ini.
Ini antara indikator yang memungkinkan desakan MN terpaksa diabaikan TSMY yang merupakan Perdana Menteri ketika ini. Kos untuk menjalankan sesuatu pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng, kerana ianya memerlukan belanja jutaan ringgit serta melibatkan jentera pilihanraya yang cukup besar di seluruh Malaysia. Juga membawa kepada aktiviti yang melibatkan kelompok-kelompok berkumpul secara berkumpulan bersekala besar yang mana bertentangan dengan PKP/PKPB yang memungkinkan penularan fasa tiga COVID-19 di seluruh negara.
Jadi, walau apa jua tindakan Muhyidin, beliau hanya akan merosakkan partinya sendiri, serta keriernya sebagai orang lama politik.
Oleh yang demikian, perkara terbaik sekiranya beliau tiada majoriti sokongan Ahli Dewan Rakyat adalah beliau secara gentlemen melepaskan jawatan selaku PM-8, seterusnya membenarkan YDPA perkenan melantik PM-9 mengikut budi bicara baginda, mana-mana Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat seperti termaktub dalam perlembagaan negara.
Tentunya PM-9 daripada PH
______________________________________________________________________________
Penulis adalah Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kedah, merangkap Ketua Pemuda AMANAH Kulim & Bandar Baharu.