FB: Pak Rahman
Assalamualaikum. Saya Hj Abd Rahman Yusof, 62 tahun, orang Ganu dan sekarang menetap di Dungun. Saya ni antara pengasas KEADILAN & Pengerusi MPN Terengganu pertama. Saya bersama DS Anwar sejak Keadilan ditubuhkan … dah lebih 21 tahun!
Saya dah lama kenal DS Anwar Ibrahim sekeluarga. Pernah berjiran dengan beliau. Beliau sekeluarga kuat pegangan dan pengetahuan agama. Boleh anda bayangkan betapa terkejutnya saya apabila mendapat berita yang beliau dipecat atas tuduhan yang tan masuk akal. Dengan perwakatan beliau, tak mungkin tuduhan-tuduhan yang dilemparkan adalah benar. Ini mendorong saya menyertai beliau untuk membawa perubahan dan agenda Reformasi.
Bukannya senang untuk membawa agenda Reformasi ke seluruh negara. Serangan fitnah & sekatan berita dari media massa utama menghadkan berita sebenar sampai ke setiap lapisan masyarakat. Terpaksa kita anjurkan ceramah, dari satu kampung ke kampung yang lain. Kadang kala sampai 5-6 kampung sehari. Saya ditugaskan mengatur program DS Anwar jelajah seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak. Dengan dana yang terhad dan perjalanan yang sering disekat kami berjaya menjelajah ke seluruh 222 kawasan parlimen negara. Tak kira samaada dengan menaiki kereta, motosikal, bas, kapal terbang, helikopter, bot, sampan, feri dan pelbagai lagi kami terpaksa naiki. Tak pernah DS Anwar mengeluh dengan kesusahan yang beliau terpaksa lalui. Inilah perwatakan beliau yang sebenar. Semangat beliau tak pernah luntur.
Tahun 1999, saya diamanahkan bertanding di kawasan Parlimen Kemamam dan berjaya memenanginya dari BN. Jelas orang Ganu, khususnya di Kemamam menolak fitnah ke atas DS Anwar. Saya percaya rakyat Ganu pintar menilai sekiranya maklumat & berita benar disalurkan. Ini membakar semangat saya untuk meneruskan agenda Reformasi ke warga kampung demi masa depan yang gemilang.
#Pengkhianatan yang berlaku, langsung tidak boleh diterima. Mandat rakyat mesti dihormati. Saya akan terus berjuang untuk megembalikan mandat ini.
Bab kata orang Ganu… “serek doh weihh kat BN”
In Sha Allah, Allah swt akan kembalikan semula mandat rakyat kepada Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
#akukeadilan