Ipohmali
Membaca berita Singapura tadi, pihak berkuasa Singapura akan membuka Masjid secara berperingkat bermula 2 Jun ini, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid akan menghadkan ruang, atau disediakan ruangan khas untuk kegunaan orang awam dan mengutamakan keperluan petugas perkhidmatan penting…
Kebenaran ini akan diberikan keutamaan kepada Frontliner seperti pemandu teksi,Grab dan Penghantar makanan untuk berhenti solat secara bersendirian, atau dikalangan ahli keluarga yang tinggal serumah untuk singgah Solat terutama mereka yang ada tugas dan sedang berMusafir..
Malangnya di Malaysia.. pintu Masjid dan surau ditutup rapat biarpun terletak ditengah Bandar.. Surau di stesen minyak, R&R juga ditutup..kebetulan tadi aku jumpa sahabat di Pasaraya, Surau Pasaraya pun ditutup..manakala masa aku singgah foodcourt tadi, ada yg solat di lantai gerai..
Pagi tadi ketika aku makan pagi, Di Perak Sudah dibolehkan makan dikedai, boleh makan berdua semeja, Pasaraya telah dibuka.. tetapi sedikit ruang keperluan mereka untuk Solat dinafikan.. Biarpun kita dalam keadaan Dharurat, hak untuk Solat mesti diberikan sebagaimana Kaedah Fiqh..
الاضطرار لايبطل حق الغير..
“Keadaaan Dharurat tidak mebatal dan menghilangkan hak selainnya..”
Melihat kesusahan pekerja, Musafir untuk solat tadi, terfikir aku.. Bertapa besarnya Dosa kelompok Agamawan mahupun Mufti yang tak mampu berfikir satu jalan keluar sebagaimana agamawan Di Singapura.. Kenapa tidak ada satu ruang dihalaman atau ruang di sudut masjid biarpun tidak didewan Solat dibenarkan Solat dengan kawalan.. terutama mereka yang Solat bersendirian..
setidaknya Masjid boleh membekalkan Sejadah dari fabrik dan boleh dicuci atau dibasuh di kedai Dobi tak sampai 1 jam.. ataupun membekalkan kertas atau plastik sebagai lapik untuk Solat.. ini ada dari kita berbangga pulak melihat Food rider Solat ditepi jalan tanpa memikirkan jalan keluar atau satu bentuk penyelesaian..
Pandangan Majlis Agama Singapura itu tepat dalam konteks Solat sendirian bersama ahli keluarga tidak lebih 5 orang.. sama seperti keringanan dan kebenaran 4 orang dalam sebuah kenderaan..
samalah cadangan aku sebelum ini agar Masjid membenarkan ruang terbuka untuk Solat, bila lihat di Thailand, USA hatta German memberikan ruang parking Ikea untuk Solat Eidulfitri buatkan aku rasa malu dikalangan ramainya Mufti dan pemimpin untuk berfikir biarpun Menteri Agamanya datang dari kalangan Mufti..
walaupun sebenarnya pada pandangan peribadi aku. sewajarnya Solat eidulfitri dibuat dirumah.. tetapi hak mereka yang mahu berjamaah, untuk Solat tidak boleh dinafikan dalam keadaaan yang membenarkan..
2- SOLAT JAMAK KETIKA WABAK KETIKA TEMPOH PKPB
Jika aku menjadi Menteri Agama, jika Kerajaan gagal sediakan ruang dan kemudahan untuk Solat, adalah lebih baik difatwakan dari pandangan yang terpencil akan kebolehan atau keringanan untuk jamak, biarpun tanpa ketakutan dan Musafir ( غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ ) ..ia sesuai dari hadis Nabi ﷺ …
Sebagaimana Hadis Nabi ﷺ :
صَلَّى رَسُولُ اللهِ ﷺ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ..
” Telah solat Rasulullah ﷺ zohor dan asar secara jama’ di Madinah dalam keadaan tiada ketakutan dan juga bermusafir.”
oleh kerana siang tadi aku ada tugas dan keperluan mendesak, adanya masyaqqah iaitu kesusahan dan kepayahan, aku mengambil pandangan terpencil untuk Solat jamak, Pandangan ini pernah dilontarkan Sheikh Al Azhar ketika sidang Parlimen Mesir ketika mana ahli parlimen Nour salafi melaungkan azan di dalam Parlimen untuk berhenti Solat… lalu Sheikh ini melontarkan hadis di atas..
ia sesuai dengan Pandangan Imam As-Suyuthi menyentuh pembahagian Masyaqqah kepada dua bahagian, pertama ianya dapat menggugurkan satu Ibadah.. kata Imam As-sayuthi
وقسم يأثر في إسقاط العبادة كمشقة الخوف علي نفس أو مال
“Pembahagian masyaqqah kedua adalah masyaqqah yang memberi kesan kepada gugurnya ibadah, iaitu masyaqqah kerana takut hilangnya bagian tubuh atau fungsi tubuh tersebut..”
Tazkirah Malam Jumaat Selepas Musafir