Terdapat desas-desus mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selepas 9 Jun 2020.
Bagaimanapun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menafikannya dan mengumumkan bahawa keputusan belum lagi
Namun tinjuan ke atas rakyat biasa rata-rata mahukan PKPB ditarik balik dan rakyat Malaysia kembali hidup seperti sebelum Mac 2020. Alasan mereka, ekonomi akan merudum sekiranya langkah kawalan pergerakan diteruskan lebih lama.
“Musnahlah ekonomi negara kalau dilanjutkan. Kilang kotak yang saya bekerja telah pun kurangkan pekerja. Dulu ada 55 orang. Kini 40 orang sahaja.
“Semua kilang di kawasan perindustrian ringan di Kepong (Kuala Lumpur) mengalami kesusahan. Tiada lagi kerja masa tambahan dan ramai pekerja dikenakan pemotongan gaji,” kata Jimmy Teh, seorang penyelia berusia 45 tahun dalam satu tinjauan pendapat.
Beliau menambah banyak negara di dunia sedang mengalami kadar pengangguran lebih dari 10 peratus dan pendapat beliau ialah negara kita akan bergerak ke arah itu sekiranya PKPB dilanjutkan.
“Di perhentian bas di Jalan Besar Kepong, walaupun jumlah bas sudah dikurangkan dan kapasiti bas ialah 25 orang, tetap bas itu kekurangan penumpang!
“Ini bukti jelas ramai orang sedang menganggur sebab dulu jumlah bas banyak dan penumpang selalu bersesak bagai sardin dalam tin,” katanya lagi.
Pandangan beliau bahawa ramai rakyat sudah tiada kerja diperkukuhkan dengan berita bahawa banyak kedai kopi Cina menghadapi masalah kos operasi dan sepupu beliau yang memiliki sebuah restoran telah pun mengurangkan pekerja kerana kekurangan pelanggan.
“Justeru, saya menyeru kerajaan supaya menamatkan PKPB pada 9 Jun demi menyelamatkan ekonomi sebelum ia hancur,” tegas Jimmy.