Tamrin Tun Ghafar
ULASAN: Belum lagi reda malah suhu ( temperature ) makin hari makin bertambah panas keadaan politik negara khususnya Parti BERSATU dan kedudukan Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri ‘PINTU BELAKANG, tiba – tiba kita dikejutkan dengan satu berita yang amat MENGGEMPARKAN.
Jika berita ini benar maka ia bererti satu lagi PENGKHIANATAN yang disembunyikan selama ini dari pengetahun rakyat KHASNYA kepada umat Islam negara ini TERBONGKAR.
PEMBONGKARAN PENGKHIANATAN ini datangnya bukan dari orang biasa tapi dari mahkamah Israel sendiri.
Oleh kerana kezaliman Yahudi Israel terhadap penduduk Islam khusunya di Semenanjung Gaza dan Palestin, Malaysia adalah satu – satu negara Islam yang TIDAK mengiktiraf negara tersebut justeru kita TIDAK DIBENARKAN berurusan dengan mereka.
Lupakah kita APCO , sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan Organasasi Pengintapan Israel dilantik oleh Kerajaan UMNO/ BN dengan bayaran RM75 juta bagi membantu mereka memenangi PRU14 dulu?
Walaupun pada mulanya Kerajaan ketika itu menafikannya namun atas desakan demi desakan AKHIRNYA seorang Menteri tampil membuat pengakuan di dalam Sidang Parlimen.
Hari ini Mahkamah Israel memaklumkan Kerajaan Malaysia TELAH membeli beberapa alat pengintipan dari sebuah syarikat Israel.
Oleh kerana tidak ada Hubungan Diplomatik maka syarikat Israel dan Kerajaan Najib TERPAKSA membelinya MELALUI negara ketiga, Cyprus.
SEPERTI BIASA Najib MENYALAHKAN orang lain seolah – olah tangan dan jiwanya BERSIH seperti juga isu 1MDB , SRC dan lain – lain kesalahan.
Tidak hairan juga jika beliau sekali lagi BERSUMPAH di mana – mana Masjid seperti kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA .
Selain dari BERSUMPAH biasanya mereka akan ke Mekah bagi menunjukkan kononnya betapa ALIM mereka ini, dan orang alim takkan nak buat kerja-kerja kotor begitu – KALAU TAK MEROMPAK BUKAN UMNO NAMANYA!!
Cukup dengan SUMPAH , pemakan – pemakan dedak yang senantiasa kelaparan akan terus percaya kepada beliau.
Selepas KENYANG seperti ular sawa, mereka TIDAK PEDULI sama ada mereka telah ditipu dan negara dan maruah mereka TERGADAI.
Seolah – olah terlebih minum air ketum atau mabuk dadah, yang mereka diajar dan tahu hanya beberapa perkataan sahaja ‘Malu Apa BossKu’, Hidup Melayu dan Takbir , Allahuakhbar’.
Kata – kata Najib ada kebenarannya ‘ CASH IS KING ‘.
Ini yang dikatakan
‘Menang Sorak
Kampung Tergadai’.
Menjelang PRU 14, Najib buat apa saja asalkan menang, ini termasuk berbilion ringgit ditabur – namun bak kata Muhyiddin rakyat sudah kenal permainan UMNO dan PAS – itu Muhyiddin dulu , tapi sekarang bagi mendapatkan jawatan beliau BOLEH pula bercumbu – cumbuan dan tidur bersama dengan kedua – dua Parti tersebut.
SAMA ADA MUHYIDDIN BOLEH TIDUR LINA ATAU MENGIGAU DI CEKIK HANTU, SAMA – SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT PENYUDAH KEPADA LAKONAN YANG DIPERTONTONKAN ini.